PG Gold Bar

9 KRITERIA UTAMA MEMILIH EMAS TERBAIK
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Sesapa yang melabur dalam emas sebab nak dapat dividen/hibah dari skim pelaburan emas dan last2 tertipu, kena terima hakikat itulah fee kebodohan yg terpaksa dibayar akibat tamak dan kurangnya ilmu.

Dalam dunia emas ni, beli emas mesti dapat emas..bukan kena tunggu 6 bulan ke setahun ke baru dapat emas atau agreement atas kertas je. Tak kisahla barang kemas , gold bar, dinar ke..janji emas betul. Ini adalah basic kpd org yang nak menyimpan emas.

 

Hati-hati juga dengan skim yang menawarkan hibah atau dividen kerana emas tiada menawarkan sebegitu. Emas yang sebetulnya hanya ada buy low, sell high.

Sebelum mulakan pembelian emas, anda disarankan untuk buat homework sedikit untuk cari emas keluaran syarikat mana yang paling sesuai utk pelaburan.

Sebagai panduan,  lihat ciri-ciri di bawah supaya kita boleh laburkan duit kita membeli emas yang terbaik.

9 KRITERIA DALAM MEMILIH EMAS TERBAIK
==================================
1. HARGA PER GRAM RENDAH & SERAGAM KPD SEMUA – ini adalah basic. Harga sentiasa boleh dilihat dgn telus tanpa ada hidden clause. Buka sahaja www.publicgold.com.my dan anda akan lihat harga emas yang sentiasa dikemaskini setiap 20 minit. Kecuali harga GAP yang kemaskini setiap 12malam dan harga runcit 0.5gm,1gm,5gm dan 1/2 dinar yang berubah jika ada perubahan ketara pada harga emas secara keseluruhan.

2. SPREAD RENDAH – Ada org panggil susutnilai.Yang ini kurang tepat sbb emas tak ada susutnilai macam kereta.dia cuma ada spread. iaitu perbezaan antara harga kita beli dan jual semula atas faktor keuntungan. Makin rendah spreadnya makin cepat dapat untung kpd pembeli. Sebagai contoh, spread emas Public Gold hanya dari 6% – 9%, manakala harga spread barang kemas dari kedai emas biasa adalah dari 15-30%.

3. STOK UNLIMITED – harga emas naik atau rendah, sentiasa boleh dapat stok. Ada syarikat, time harga emas turun dan kita nak beli, tiba2 je stok tak ada.

4. TIADA GST – skrg apa sahaja emas yg dibawa masuk untuk tujuan industri kecuali utk pelaburan, akan dikenakan GST 6%..ini termasuk emas perhiasan di kedai2. Jika ada syarikat yang kata emasnya tiada GST dan harganya kompetitif, hati-hati sebab mungkin dia tak bayar cukai langsung.

5. DITERIMA MELUAS OLEH AR-RAHNU – contohnya emas Public Gold..bawa je ke mana2 Ar Rahnu Pos, terus diterima tanpa cerita banyak.

6. SENANG NAK JUAL – Emas Public Gold ni dalam Malaysia senang nak jual, kat oversea pun senang jual. Iklankan sahaja di FB pada harga bawah sikit PG Sell, mesti ramai nak beli. Kalau letak harga PG Buy, lagi berebut orang nak beli. Cuba letak emas brand lain, lambat sikit nak jalan dan mengharapkan pada collectors sahaja untuk laku.

7. BELI EMAS SAMA DGN NILAI DIBAYAR –
contoh: andai kata harga emas RM200 pergram , bayar RM1k mesti dapat 5gram, bukannya bayar RM1900 dapat 5gram!! Contohnya, anda nak buka akaun GAP dan beli emas 1 gram sahaja. Lihat harga GAP pada hari tersebut, dan bank in sahaja ikut harga emas segram pada masa itu. Nak keluarkan emas cuma bayar premium ikut jenis emas yang nak dikeluarkan sahaja.

Gold Premium

8. JAMINAN BELI BALIK – ada penjual emas tak terima semula emas yg dia jual..ada yg terima tapi sangat cerewet peraturannya. Oleh itu, pilih sykt yg tak cerewet utk beli semula.

9.SISTEM DATABASE PELANGGAN YANG MAMPAN – Cuba sebutkan mana2 syarikat menjual emas yang mempunyai sistem database pelanggan yang sistematik, malah setiap pelanggannya ada online akaun secara percuma untuk membuat belian/jualan secara 24jam dll. Dengan Public Gold, anda disediakan akaun GAP yang beroperasi 24jam, sama ada mahu jual atau beli. Malah setiap pelanggan berdaftar mempunyai rekod invois belian yang boleh dilihat semula secara online di dalam akaun masing-masing.

Hanya Public Gold sahaja di Malaysia ini yang mempunya ciri-ciri di atas. Jadi, bukalah hati, bukalah minda jika mahu menjadi penyimpan emas yang bijak.

PG Dinar

Haris Halim
Public Gold Auth. Dealer
019-3520178 // WhatsApp