Semua orang tahu hakikat ini. Tiap2 tahun ada saja keluhan tentang nilai duit kita yang makin mengecil. Contohnya macam favourite food saya iaitu laksa. Kalau dulu, RM1.20 boleh dapat sepinggan penuh, boleh makan dengan puas. Sekarang ni nak makan puas kena ambil 2 bungkus = 2 bowl dengan harga RM3 sebungkus!!!

Itu harga di Bandar Kinrara. Kalau pergi ke Giant untuk beli barang2 dapur, barang2 dalam troli cuma paras lantai sahaja tapi in the end mesti kena beratus jugak. Padahal, cuma barang2 basic yang penting sahaja.

shrinking-dollars-300x199

Bila tengok simpanan kita dalam ASB, tabung haji, EPF, rasa macam duit tu tak cukup secure. Bila-bila masa sahaja, value dia boleh menurun dengan cepat. Kalau dulu RM200 ribu dah kira sangat banyak, sekarang nak beli rumah teres 1 tingkat di Puchong pun tak boleh dapat. Zaman anak-anak kita pun tak tahu lah macam mana nanti.

Jadi, apa nak buat agar nilai duit kita tu terjaga atau bertambah? Jawabnya adalah melabur. Melaburlah dalam hartanah, berniaga atau simpan emas. Jangan skim cepat kayap sudah.

Senangnya cakap. Bukan semua orang ada modal banyak untuk melabur.

Betul. Dalam konteks hartanah memang modal besar, so kita ketepikan. Kita boleh berniaga kecil-kecilan dulu. Suatu ketika dahulu, teman pernah jual ikan terubok masin je di pasar2 malam di Melawati & Wansa Maju lepas habis kerja dengan sahabat teman En Rahmat Mahjar. Walaupun tak kaya-raya, tapi boleh lah menjana pendapatan sampingan.

Atau kalau ada modal sedikit atau simpanan yang tak digunakan dalam masa panjang, boleh ditukar kan kepada emas. Rasionalnya, emas tak secair RM. Kadang2 kalau kita nampak ada banyak RM dalam simpanan, syaitan mula menghasut untuk dibelanjakan. Ala sikit je, kengkawan dah tukar keter baru, phone baru, pergi holidaylah kata setan. Tanpa disedari,simpanan kita makin sikit jadinya, walhal, duit tu mulanya bercadang untk simpanan jangka panjang.

Jadi, EMAS adalah option terbaik, sebab ia adalah kalis inflasi dan tidak secair Fiat money.

Tapi…..emas bukan murah.  Betul, tapi kurang tepat.  Nanti saya kongsi..