Syukur Alhamdulillah, bulan ini sudah genap 3 tahun saya berhenti merokok. Talak yang saya jatuhkan dulu sampai sekarang tak pernah dirujuk semula. Dulu saya adalah perokok tegar. Chain smoking, lepas satu batang habis,  sambung yang lain. Tak cukup dengan itu, hisap juga cigar atau curut. No thanks to my ex-boss yang kasi sebatang cigar Cuban yang mahal untuk try.

15 tahun yang lepas, pernah cuba untuk berhenti secara gradually. Tetapi gagal dengan jayanya. No thanks juga kepada kawan2 yang tak jemu2 melobi dengan rokok free.

Akhirnya, dengan kuasa Allah, 3 tahun yang lepas berjaya juga. Hasilnya, sekarang tiada lagi rasa sakit atau nafas sesak di dada, badan juga still rasa ok walaupun saya cuma tidur maksima 4 jam sehari pada minggu kerja.Deria bau juga lebih sensitif. Kalau dahulu, lori sampah lalu pun takde rasa bau sampai isteri pun panggil hidung saya hidung mati. Sekarang, dari 200 meter pun dah cium bau lori sampah lalu.

Yang kurang bestnya ialah, kalau pergi berjemaah di surau atau masjid,kadang-kadang ada jemaah yang bau kurang menyenangkan menusuk hidung. Sembahyang pun akhirnya rasa tak tenang dan khusyuk. Jadi kepada anda yang baca tulisan ini, kalau pergi berjemaah, bersihkan diri dulu dan pakailah wangi-wangian agar tidak menimbulkan rasa kurang senang pada jemaah lain. Kalau pergi dating atau kerja boleh wangi-wangi, kenapa nak menghadap Tuhan tak nak pula?

solat-jemaah-450x300

MACAM MANA BOLEH BERHENTI?

Saya berhenti secara drastik atau dengan mengejut sahaja. Tak ada istilah berhenti secara gradually, atau sebatang sehari. Enough is enough kata hati. Waktu itu saya masih ingat lagi, ketika di rumah dan stok rokok dah habis. Nak keluar pergi beli rokok kat kedai rasa berat semacam dan malas.

Tambahan pula, kebelakangan ini badan rasa macam tak ada endurance. Bila kerja night shift, pernafasan rasa sukar. Dada rasa penuh angin. Nak-nak pula kalau berada dalam keadaan high adrenalin contoh  macam bawa kereta laju laju. Rasa tak boleh bernafas dibuatnya

Akhirnya saya buat keputusan QUIT SMOKING!!!!

cigarette content

Berhenti secara tiba-tiba akan membuatkan sistem badan yang selama ini hidup dengan nikotin dan racun2 yang lain terkejut. Bila seorang perokok yang biasa menghabiskan 2 bungkus rokok setiap hari, tiba-tiba berhenti, seluruh aspek hidup berubah. Tubuh badan merasa keliru. Kekeliruan berlaku bukan akibat gangguan fikiran tetapi apa yang berlaku sebenarnya ialah otak kekurangan nikotin atau karbon monoksida. Otak sudah terbiasa dan terangsang oleh kehadiran bahan yang membahayakan tubuh badan ini sewaktu perokok merokok. Keadaan ini berlaku kerana perokok tidak lagi merokok. Ini dikenali sebagai ‘withdrawal symptom’.

Saya melaluinya selama hampir 3 bulan sehingga benar-benar sembuh. Mujur isteri yang mempunya kedai beautician sendiri membantu dengan memberi saya supplement ini. Tubuh kembali cergas dan rasa ringan selepas mengambilnya setiap hari selama 2 bulan.

z100

Supplement ini memang bagus. Rasanya sama lebih kurang sama macam teh oolong cina. Yang agak kureng adalah harganya. Nak tahu berapa? Kurang sikit daripada harga semasa 1/2 dinar!!

half-dinar price

Saya memang rekomen produk ini sebab ia memang bagus untuk tubuh badan.  Kalau nak beli boleh contact penjualnya di sini. Saya tak jual produk kesihatan. Juga tidak menjual emas. Saya cuma memperkenalkan anda kepada dunia emas, kelebihan menyimpan emas, di mana boleh dapat emas pelaburan yang murah dan cara membelinya. Saya cuma jual kalau ada customer yang tidak mahu berdaftar dengan public gold dan mahu emas dengan kadar segera.

Berat Turun Mendadak

Diet juga betukar. Kalau sebelum ini makan sapu bersih,  sekarang telah bertukar kepada. sedikit nasi, sayur-sayuran hijau, makanan bergoreng yang kurang dan banyak minum banyak air kosong. Rasanya ada 3 botol air mineral besar setiap hari. Hasilnya berat saya yang suatu ketika dahulu 100kg, turun kepada 70kg. Takut juga kot-kot kencing manis. Terus buat medical check up kat Columbia Asia Puchong. Lepas result keluar beitahu semua ok, tiada kencing manis baru lega.

SANYO DIGITAL CAMERA

Once upon a time 2011, then…….

self…Now.

Jadi, cakap2 orang yang mengatakan berat badan akan naik bila berhenti merokok akan naik macam dipam2 tidak patut ditelan bulat-bulat 100%. Asalkan kita kawal pemakanan, Insya-Allah semua akan ok.

Jadi, kesimpulannya di sini ialah, andainya kita berhenti merokok, kesihatan kita akan bertambah baik, boleh jimat duit, dan lebih bagus lagi kalau duit rokok tu ditukarkan kepada emas sekurang-kurangnya 2 gram setiap bulan, [Andaian bahawa sekotak rokok sehari = RM10 x 30hari = RM300)

Anda boleh lihat harga GAP 1 gram di bawah sebagai rujukan.

GAP 11 mei

Harga emas boleh disemak di www.publicgold.com.my

Kadang-kadang ada terbit rasa menyesal jugak hisap rokok dulu. Beli EMAS atau melabur di ASB lagi baik daripada bakar duit. Tapi biar tersedar lambat sikit dari sedar tapi langsung tak mahu berubah.

Wallahu A'lam

P/S:

Walau macam-macam cara dilakukan untuk menginsafkan golongan2 perokok,boleh dikatakan hasilnya hampir kepada tiada. Dari Zaman Pak Lah lagi dengan kempen anti-rokok, fatwa oleh ulamak, gambar-gambar mengerikan di kotak rokok, statistik kematian akibat rokok, harga yang naik setiap tahun , tapi semua itu tak ada kesan kepada perokok.

Harap, suatu hari nanti anda yang merokok akan bebas dari rokok dan nikotin juga. amin.

Kanser Paru-Paru  Pemature Birth Miscarriage Gangrene

Gambar pada kotak rokok yang tak mendatangkan kesan kepada perokok tegar.

Haris Halim
harishalim75@gmail.com
019-3520178