Info

Emas dan Syariah

Q.Pelaburan emas apa yang patuh syariah?

   Secara asasnya asalkan ia
Tiada Yuran
Tiada Jaminan Modal
Tiada jaminan untung
Beli emas dapat emas.Bukan dapat hanya nombor , bukan dapat untung.

Apa saja pelaburan, siap ada jadual untung, tiada risiko rugi, adalah tidak patuh syariah.

Atas nama produk apa sekali pun.

dinar-syariah

 

 

#NOTAEDS01

Akad jual beli ialah gabungan ijab (offer) dan qabul (acceptance). Akad yang kita faham biasa dalam bahasa ialah “aku jual” dan “aku beli”.

Akad sebenarnya simbol kerelaan hati pembeli dan penjual bertukar barang dan harga dalam bentuk duit. Oleh itu ia boleh berlaku dalam apa saja aksi dan gerak badan yang difahami oleh penjual dan pembeli.

Sebab itu kita boleh berjual beli dengan mesin air tin, secara atas talian (online), secara tulisan email dan whatsapp dan macam-macam cara lagi tanpa ada lafaz “aku jual” dan “aku beli”.

Yang lebih penting, akad juga boleh berlaku dan sah walaupun dengan orang yang bukan Islam. Jadi jangan bimbang berakad jual beli dengan Public Gold walaupun pemiliknya beragama bukan Islam.

louis-ng                                 Dato Louis Ng- Pengasas Public Gold (2 dari kiri)

 

#NOTAEDS02

Ketika akad jual beli, barang mesti wujud dan dimiliki oleh penjual. Penjual tidak boleh menjual barang yang tidak wujud atau pun belum dimiliki oleh penjual.

Barang jualan mesti sesuatu yang boleh diserahkan. Penjual juga tidak boleh menjual sesuatu yang mustahil untuk diserahkan kepada pembeli.

Sebagai contoh, menjual tanah yang sudah hilang ditelan oleh air laut atau menjual emas dengan gram sukatan yang rumit seperti 5.6498 gram (kecuali dalam bentuk serbuk).

gap-blog

 

#NOTAEDS03

Ketika akad jual beli, barang dan harga (duit) mesti bertukar. Bagi jual beli barang seperti kereta, rumah, tanah dalan sebagainya, boleh dan sah jual beli jika barang dapat dahulu, duit dapat kemudian.

Boleh dan sah juga jika duit dapat dahulu, barang dapat kemudian. Boleh dan sah juga jika barang dan duit, kedua-duanya dapat dahulu atau dapat kemudian.

Sebab itu kita tengok, boleh beli rumah siap tapi bayar secara ansuran. Atau bayar dah harga rumah, tapi rumah tak siap lagi. Kedua-duanya sah dan boleh.

Kecuali emas. Ia ada syarat khusus yang lain. Tidak boleh ikut kebiasaan seperti di atas.

6995004

 

#NOTAEDS04

Emas adalah salah satu dari 6 ribawi item yang disebut dalam hadith Nabi SAWA. Untuk jual beli emas, ia mesti memenuhi semua syarat asas jual beli dan 2 syarat khusus iaitu :

1. Harga (bayaran) dan emas mesti bertukar secara lani (spot).
2. Berlaku pertukaran pemilikan (taqabudh) dari penjual kepada pembeli.

Kedua-duanya mesti berlaku ketika akad. Jika tidak berlaku ketika akad, maka jual beli emas tersebut berisiko terlibat dengan riba.

Soalan yang boleh merungkai banyak masalah ialah;

1. Bila akad berlaku?
2. Apakah makna lani (spot)?
3. Apakah falsafah sebenar dari keperluan untuk bertukar pemilikan (taqabudh)?

 

#NOTAEDS05

Dalam muamalah (Islamic transaction), penentuan jenis akad dan bila berlaku akad adalah amat penting. Jenis akad yang berlainan akan membawa tanggungjawab, syarat dan kesan yang berbeza.

Kena tahu adakah ia akad jual beli, atau sewaan, atau pinjaman, atau pelaburan, atau kerjasama dan lain-lain.

Kadang-kadang jenis akad ini ditentukan melalui namanya. Kadang-kadang akad ini tidak bernama, tapi dari ciri-cirinya kita tahu jenis akadnya.

Dalam bisnes Public Gold, ada beberapa akad yang biasa berlaku seperti akad jual beli (al-bai’), akad pinjaman (qardh), akad simpanan (wadiah), akad upah (ujrah), akad sewaan (ijarah) dan lain-lain.

akad-2

 

#NOTAEDS06

Dalam jual beli emas, kita mesti tahu bila akad berlaku supaya kita boleh pastikan ketika itu 2 syarat khusus jual beli emas boleh dipenuhi.

Bila 2 syarat khusus jual beli emas dipenuhi ketika akad berlaku, maka riba boleh kita elakkan.

Bila kita boleh tentukan di mana akad berlaku dengan 2 syarat khusus dipenuhi, maka kita boleh menjawab pelbagai soalan tentang hukum jual beli emas.

Beli secara kunci harga.
Beli secara kena bayar dahulu.
Beli secara atas talian.
Beli secara pos.

Dan macam-macam cara belian emas. Hatta beli secara ansuran pun boleh jadi boleh sekiranya kita tahu di mana point of akad.

 

#NOTAEDS07

Akad jual beli emas, mesti wujud emas untuk jual dan beli. Jika kita serahkan sejumlah wang dengan mengharapkan keuntungan, itu bukan akad jual beli. Itu kita panggil akad pelaburan (mudharabah).

Dalam akad mudharabah, jika untung dibahagi mengikut persetujuan. Jika rugi, ia mesti ditanggung oleh pemodal.

Akad pelaburan, modal dan keuntungan tidak boleh dijamin. Kalau dijamin, maka tidak sah dan haram.

Macam kita melabur dalam skim cepat kaya emas, siap dengan jadual keuntungan bulanan, itu semua haram dan tidak sah. Ia adalah riba!

 

#NOTAEDS08

Beli emas dengan Public Gold ini ada 2 cara saja :

  1. Belian biasa ikut item.
  2. Belian GAP ikut gram.

Bagi belian biasa, proses pertama ialah kunci harga. Kunci harga ini menggunakan akad janji (wa’ad) iaitu kita berjanji dengan Public Gold untuk membeli item emas tertentu pada harga tertentu.

Apa saja jadi selepas itu dengan harga emas, naik atau turun, kita tetap akan membeli dengan harga yang kita kunci.

Kunci harga bukan akad jual beli. Ia cuma janji. Jadi pada ketika itu tidak perlu risau tentang 2 syarat khusus ketika akad jual beli tu.

lockprice

 

#NOTAEDS09

Bila kita faham bahawa kunci harga hanyalah janji pembeli untuk membeli item emas tertentu pada harga tertentu, maka kita faham ia adalah bukan akad jual beli.

Janji boleh dibatalkan oleh pembeli. Tapi biasanya bila mungkir janji, penalti akan dikenakan. Hukumnya harus atas dasar memberi pengajaran supaya tidak sewenang-wenangnya kunci harga sana, kunci harga sini, kemudian batal kunci harga sana, batal kunci harga sini.

Di pihak Public Gold, apabila pembeli mula kunci harga, pihak pengurusan Public Gold sudah mula mengambil langkah-langkah perlu bagi menyediakan emas yang akan dibeli oleh pembeli.

 

#NOTAEDS10

Kalau ikut procedure biasa selepas kunci harga, pembeli akan bank in duit kepada akaun Public Gold. Jumlah duit tersebut sama dengan harga emas yang dikunci.

Adakah perbuatan memasukkan duit itu menandakan ia adalah akad jual beli?

Memasukkan duit itu procedure biasa sebagai menunjukkan kesungguhan pembeli emas untuk berurusniaga dengan Public Gold. Ia bukan lagi akad jual beli.

Zaman sekarang orang bukan beli emas harga puluh atau ratus ringgit. Ia boleh mencecah jutaan ringgit. Pelanggan Public Gold pula bukan seorang dua yang mengunci harga dengan Public Gold. Mereka sangat ramai.

Jika tiada procedure sebegini, maka sangat sukar untuk Public Gold menyelaraskan antara kunci harga dan penyediaan emas bagi orang yang benar-benar genuine untuk membeli emas.

 

#NOTAEDS11

Lepas kunci harga, pembeli akan memasukkan duit ke akaun Public Gold. Akad yang digunakan ialah wadiah (simpanan dengan jaminan).

Pada bila-bila masa jika pembeli membatalkan kunci harga, Public Gold mesti memulangkan balik duit yang telah dimasukkan tadi.

Bayaran penalti kerana mungkir janji setelah mengunci harga boleh ditolak dari duit yang telah dimasukkan tadi.

penalty 2.jpg

 

#NOTAEDS12

Bila emas yang dikunci harga telah sedia untuk diambil di mana-mana cawangan Public Gold, pembeli akan pergi bersama bukti duit (slip payment dll) yang telah dimasukkan ke akaun Public Gold.

Pada ketika itulah baru akan berlaku akad jual beli. Emas telah sedia, slip payment sebagai bukti duit dalam akaun Public Gold pun sudah ada.

Maka berakad jual beli lah antara pembeli dengan Public Gold yang berwakilkan staf di cawangan.

Emas dan harga pada ketika itu akan bertukar secara lani atau spot. Pemilikan emas pula bertukar secara sebenar (actual possession) daripada Public Gold kepada pembeli.

Bukti akad diterjemahkan dalam bentuk dokumen yang ditandatangani oleh pembeli dan juga staf Public Gold.

Alhamdulillah. Selesailah akad jual beli emas secara patuh Syariah.

IMG_20160426_164953

 

#NOTAEDS13

Kadang-kadang ada pembeli emas Public Gold yang mewakilkan kepada introducernya untuk mengambil emas di cawangan Public Gold.

Akad yang digunakan ialah akad wakalah (agency).

Bila berakad jual beli nanti, introducer akan bertindak bagi pihak pembeli. Akad jual beli ini juga sah.

 

#NOTAEDS14

Ada dealer atau pelanggan Public Gold yang menjalankan perniagaan emas dengan menjual emas miliknya sendiri kepada para pembeli.

Terma yang digunakan ialah Cash on Delivery (COD). Akad jual belinya adalah on spot basis yang tiada risiko tidak patuh Syariah.

Akad jual beli berlaku apabila mereka bertemu. Ini sah hukumnya.

 

#NOTAEDS15

Public Gold mempunyai banyak cawangan. Pembeli boleh mengambil emas kepunyaan mereka di mana-mana cawangan yang sesuai.

Public Gold tidak menjalankan urusan jual beli emas melalui kaedah pos. Ia berisiko tinggi kerana emas mungkin hilang di tengah jalan.

Bagi yang terlibat dengan urusniaga jual beli emas secara pos, ia boleh jadi patuh Syariah dengan cara :

Pastikan ketika akad jual beli, tiada elemen penangguhan.

Ramai yang keliru, dikatakan belian melalui pos akan menyebabkan berlaku penangguhan kerana emas akan sampai dalam tempoh beberapa hari.

Apabila pembeli masukkan duit untuk membeli, boleh terus call, sms, whatsapp, emel dll penjual untuk berakad jual beli.

Majlis akad begini adalah sah walaupun tidak bertemu muka.

Duit sudah ada dalam akaun penjual. Pemilikan (qabadh) akan bertukar secara maknawi (constructive possession) ketika akad melalui call, sms, whatsapp, emel dll tadi. Akad selesai ketika itu.

Selepas itu, hendak dipos emas itu tahun hadapan pun tidak mengapa. Isu penangguhan ketika akad sudah tiada lagi.

branchs

 

#NOTAEDS16

Syarat asas istimewa jual beli emas ialah :

  1. Pertukaran emas dan duit mesti spot (lani) masa akad.
  2. Serah terima (taqabudh) mesti berlaku dari penjual kepada pembeli.

Ramai orang fikir bila kita jual beli emas, serah terima itu kita kena tengok emas, kita kena pegang emas dan sebagainya.

Bukan begitu maksud serah terima. Asal saja emas benar-benar wujud dan dimiliki oleh penjual dan kita boleh buktikan berlaku pemindahan pemilikan dari penjual kepada pembeli, itu sudah cukup.

Serah terima sebenar (qabadh hakiki, actual possession) boleh, serah terima maknawi (qabadh maknawi, constructive possession) pun ok.

 

 EMAS DAN SYARIAH – JUAL SEMULA/BUYBACK

#NOTAEDS17

Syarikat emas terbaik mesti menawarkan khidmat belian balik (buy back) setiap emas yang dijualnya. Ini dipanggil jaminan belian balik.

Jaminan belian balik sangat penting kerana sampai satu masa, para pembeli emas akan menjual emas milik mereka untuk mendapat tunai.

Jika syarikat penjual emas tidak ada khidmat membeli balik emas yang dijual, maka pembeli emas akan menghadapi masalah di kemudian hari.

Jaminan belian balik bukan kemestian di pihak pemilik emas untuk menjual HANYA kepada syarikat tersebut, tetapi ia satu pilihan. Pemilik emas boleh menjual kepada siapa saja yang dia suka sesuai dengan harganya.

Public Gold menawarkan jaminan belian balik semua item emasnya. Dari sudut Syariah, hukumnya harus.

Tambah menarik, ia tidak terhad kepada item keluarannya saja. Public Gold juga menerima emas keluaran syarikat lain dalam bentuk gold bar, dinar, nugget dan juga barang kemas.

 

#NOTAEDS18

Jaminan yang diberikan oleh Public Gold untuk membeli balik setiap item emasnya dari pemilik emas, bukanlah bermaksud pemilik emas MESTI menjual balik balik HANYA kepada Public Gold.

Jika pemilik emas selepas membeli dari Public Gold disyaratkan untuk menjual balik hanya kepada Public Gold, hukumnya haram.

Ini adalah bay’ al-‘inah (sale and buy back) yang dilarang oleh jumhur ulamak kewangan Islam.

Di Public Gold, pemilik emas bebas menjual emas miliknya kepada siapa saja. Bukan itu saja, ia juga bebas untuk digadaikan (rahnu).

 

#NOTAEDS19

Proses menjual balik item emas kepada Public Gold dimulai dengan kunci harga. Ketika ini akad belum lagi berlaku.

Dalam masa 24 jam, pemilik emas yang mengunci harga untuk menjual emas miliknya kepada Public Gold mesti menyerahkan emas itu di mana-mana cawangan Public Gold pilihannya.

Ketika serahan, ketika itulah akad jual beli akan berlaku. 2 syarat khusus jual beli emas mesti dipenuhi ketika akad.

 

#NOTAEDS20

Apabila pemilik emas telah mengunci harga untuk menjual item emas Public Goldnya, dia mesti menyerahkan item emasnya kepada Public Gold dalam masa 24 jam.

Ketika serahan, akan berlaku akad jual beli. Pemilik emas akan menyerahkan emas kepada Public Gold dan Public Gold akan membayar harga emas tersebut dalam masa 24 jam.

Emas diserah tanpa tangguh dan harga emas dibayar dalam masa 24 jam. Adakah itu dikira penangguhan?

Itu tidak dikira penangguhan kerana tempoh 24 jam pembayaran itu adalah uruf yang praktikal bagi Public Gold kerana Public Gold akan menyelaraskan semua pembayaran bagi semua urusniaga belian balik emas dari pelanggannya.

Ia masih boleh dikatakan sebagai lani (spot) dalam konteks urusniaga Public Gold.

 

#NOTAEDS21

Cawangan Public Gold tidak menyimpan cash yang banyak untuk membayar setiap sekali ada urusniaga belian balik (buy back).

Bayangkan jika ada 100 orang yang membuat urusan menjual emas kepada Public Gold di seluruh negara, dengan nilai serendah RM100 sehingga jutaan ringgit, maka amat susah untuk Public Gold memenuhi syarat bayaran lani (spot) dalam konteks begitu.

Maka Public Gold selaraskan pembayarannya sekali sahaja setiap hari iaitu pada keesokan harinya. Dalam konteks ini, ia masih dikira spot, iaitu itulah kadar spot yang paling spot sekali dan praktikal bagi semua urusniaga belian balik Public Gold.

 

#NOTAEDS22

Setiap pemilik emas yang menjual balik emasnya kepada Public Gold dan menyerahkan emasnya sebelum pukul 4 petang, maka Public Gold akan memindahkan wang harga belian ke dalam akaun banknya pada keesokan harinya.

Ini adalah spot (lani) dalam konteks ini.

Jika penyerahan emas berlaku selepas pukul 4 petang, maka Public Gold akan memindahkan wang harga belian ke dalam akaun banknya pada hari lusanya.

Ini adalah spot (lani) dalam konteks ini.

 

#NOTAEDS23

Jika pemilik emas menyerahkan emasnya kepada Public Gold sebelum pukul 4 petang, tetapi sehari sebelum cuti hujung minggu atau mana-mana cuti am, pembayaran ke dalam akaun banknya pada hari pertama bekerja selepas cuti itu adalah spot (lani) dalam konteks ini.

 

#NOTAEDS24

Jika pemilik emas menyerahkan emasnya kepada Public Gold sebelum pukul 4 petang, tetapi nilainya melibatkan limit harian untuk Public Gold memindahkan bayaran harga belian tersebut ke akaun banknya secara sekaligus, pemindahan wang secara berperingkat yang mungkin melebihi tempoh 1 hari adalah spot (lani) dalam konteks ini.

Wallahualam

Haris Halim
019-3520178
Public Gold Auth. Dealer

 

**Berjuta Penghargaan dan terima kasih kepada Penulis Artikel Asal,
Ustaz Khairul Anuar kerana membenarkan artikelnya dipublish di sini.

 

 

2 Comments

  1. Syukur Alhamdulillah ada org Hebat seperti Ustaz kahirul 🙂

Leave a Reply

Theme by Anders Norén