Mas Kahwin atau Mahar adalah pemberian wajib yang diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan. Ia merupakan hak isteri sebagai pernyataan kasih dan sayang serta tanggungjawab suami atas kesejahteraan rumah tangga. Ianya bertujuan untuk menggembirakan dan menyenangkan hati isteri agar isteri merasa dihargai dan bersedia untuk menjalani kehidupan bersama suami.

Definisi Mahar : Mahar berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-‘aqd. Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.

 img1479069177709
Menjadikan Dinar sebagai hantaran/mas kahwin bukan sahaja trend yang semakin meningkat popular tetapi ia adalah satu langkah yang baik.
Kenapa Dinar emas adalah baik untuk pasangan yang baru berkahwin?
1. Ia adalah kick start pelaburan pasangan yang baru hidup bersama.
2. Bila ada emas, orang akan sayang nak belanjakannya berbanding menggunakan wang kertas akan cepat bocor dan lesap sama ada dibelanjakan atau nilainya yang akan merosot.
3. Boleh ditunjukkan kepada anak/cucu/cicit kita nanti.
4. Unik
5. Jika keadaan memaksa, boleh pajak emas tersebut untuk melangsaikan hutang yang lain dan tebus semula kemudian hari.
Jadi, berapa dinar yang perlu pengantin lelaki sediakan? Kalau merujuk gambar di bawah, ada negeri2 yang rendah mas kahwin nya seperti Johor, Pahang, Pulau Pinang iaitu dibawah RM30, dan ada negeri yang tinggi mas kahwin nya seperti Selangor, Perak atau mas kahwin anak kerabat2.
Manakala Kedah, Perlis, Terengganu & Kelantan tidak ditetapkan.
mas kahwin
Bagi orang pantai timur, mas kahwin dan wang hantaran biasanya disatukan, jadi lebih mudah kepada pasangan untuk memilih berapa dinar untuk diberi sebagai hadiah.
Pada masa ini, 1 dinar adalah dalam linkungan RM790, jadi jika hantarannya dalam linkungan RM10k – RM12K (bergantung pada tahap pendidikan?), kenalah sediakan 15 dinar.
Walaubagaimanapun, hantaran bukanlah wajib tetapi ia lebih kepada adat.
hantaran
Firman Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 4
Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.
Di dalam dunia yang semakin mencabar ini, apa yang penting pasangan2 yang akan melangsungkan perkahwinan  adalah lebih bijak jika berbincang dan membuat budget berdasarkan kemampuan masing-masing.
Jadi, menggunakan 1/2 dinar Public Gold sudah lebih dari cukup sebagai mas kahwin wajib dan tambahannya terpulanglah asalkan tidak membebankan.
Kepada bakal pengantin yang akan melalui situasi ini, adalah bijak jika mengambil langkah proaktif dan boleh mula menyimpan emas dari sekarang.
Gunakan kelebihan akaun GAP yang disediakan oleh Public Gold yang mana anda boleh menyimpan dari serendah 1 gram sebulan dan tambahkan bila-bila yang anda mahu mengikut budget yang ada.
Sampai masanya nanti, keluarkan emas tu dari akaun GAP untuk dijadikan modal  berkahwin atau jadikan dinar atau gold bar sebagai mas kahwin/hantaran.
WhatsApp Image 2016-08-22 at 14.29.29
Haris Halim
Public Gold Authorized Dealer
PG045691
019-352 0178