Silhouette of a man in a business suit giving a shrug with a question mark

Masih ramai yg konfius apa nak buat bila harga emas naik.

Nak jual, emas tak berapa banyak, dan kalau nak beli semula dah tak dapat harga tu, dah tentu2 lebih tinggi dari harga sebelum ni.
Jadi, apa yang perlu buat?

Langkah pertama, tanya diri sendiri dahulu, kenapa beli emas..nak jadikan sebagai simpanan long term atau nak melabur/trading.

Ada dua pilihan:

1. Nak Jadikan sebagai Simpanan sahaja – FOKUS KEPADA GRAM!

Jangan peduli harga naik atau turun. Konsisten beli emas mengikut budget masing2, yang penting gram emasnya sentiasa bertambah.

2. Melabur Emas Dengan berjual Beli – FOKUS KEPADA RM

Kalau berniat nak mengambil keuntungan daripada emas, jual sahaja. Simpan duit tu dan bila rasa2 dah cecah harga lantai,buat belian baru dgn modal yg asal.

Kena terima hakikat bahawa, berat gram emasnya akan semakin berkurangan melainkan harga emas jatuh.
Jika anda dalam kelompok ini, ignore sahaja berat emas tu sebab fokusnya adalah beli harga rendah, jual harga tinggi sahaja. Yang penting, ada profit dalam bentuk wang tunai.
Jadi, cepat-cepat buat keputusan yang mana satu kedudukan anda..jika tidak anda akan sentiasa dibelenggu pertanyaan bila emas akan naik atau turun ?

 

Haris Halim
Public Gold Auth. Dealer
019-352 0178
PG045691