Uncategorized

Maybank2U – Panduan Mendaftar

http://www.maybank2u.com.my/

m2u

 

Majoriti rakyat di Malaysia mempunyai akaun di Maybank, namun masih ramai yang tidak mempunyai akaun online  Maybank2u dan tidak menikmati kemudahan2 yang disediakan.

Amat sayang sekali jika kita tidak menggunakan kemudahan yang disediakan ini secara percuma sepenuhnya.

Antara kemudahan2 Maybank2u yang utama ialah:

  1. Pindahan wang
  2. Semak baki akaun
  3. Pembayaran bil (phone, tnb, air, cukai  pintu, tax, dll)
  4. Simpanan ke Tabung Haji & ASNB

Ada banyak lagi kemudahan yang ditawarkan, hanya senarai di atas adalah  aktiviti2 yang paling banyak dilakukan oleh pengguna biasa macam saya.

Di dalam konteks Public Gold, kelebihan menggunakan fasiliti Maybank2u ini adalah seperti berikut:

  1. Beli emas GAP – Public Gold adalah satu-satunya syarikat menjual emas yang menjalankan urusan jual/beli melalui online secara 24 jam. Jadi, dengan adanya Maybank2u, anda boleh membeli emas dan membuat bayaran bila-bila masa sahaja.
  2. Bayar invois – Semua invois perlu dibayar sama ada menggunakan online transfer , cash deposit machine atau melalui kaunter bank. Dengan menggunakan online transfer, anda akan jimat dari segi masa, kos & juga keselamatan lebih terjamin tanpa perlu keluar dari rumah untuk membuat pembayaran
  3. Buyback – Setiap emas yang anda jual semula ke Public Gold, bayaran tunai akan didepositkan ke dalam akaun anda dalam masa 1 hari bekerja berbanding menggunakan bank-bank lain.
  4. Resit – Setiap transakasi bayaran boleh di cetak semula bila-bila masa dan berulang kali jikalau keadaan memerlukan berbanding resit bayaran di mesin ATM yg mudah rosak, hilang dan hilang dakwatnya. Yang paling teruk jika setelah membuat bayaran di mesin, resitnya langsung tak keluar.

Oleh itu, saya amat mengesyorkan anda membuka akaun Maybank2u demi kemudahan anda sendiri.

Sebagai panduan, ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuka akaun Maybank2u anda.

BAHAGIAN I

Untuk membuka akaun  Maybank2u ini, mula2 pergi ke mana-mana mesin ATM Maybank.

  1. Masukkan kad ATM Maybank anda & pilih bahasa

Pin 01.jpg

2. Masukkan 6 digit pin  kad anda

Pin 02.jpg

3. Pilih MAYBANK2U/Phone Banking/ATM SMS Alerts

Pin 03

4. Pilih “PIN LALUAN MAYBANK2U”

Pin 04

5. Masukkan 6 digit pin pilihan anda (untuk kemudahan, masukkan pin yg sama seperti pin ATM kad anda).

Pin 05

Masukkan sekali lagi 6 digit yang sama untuk confirmation dan tunggu resit keluar.

Selesai pendaftaran di ATM. bersambung ke BAHAGIAN II pula.

 

BAHAGIAN II

  1. Buka www.maybank2u.com.my sama ada di komputer, tab atau di smartphone anda dan klik “Login”. Anda akan dibawa ke paparan berikut. Seterusnya klik “First Time Login?”

1st time Login 01

2. Klik “Continue”, lihat video pendek bagi tujuan keselamatan terlebih dahulu. Setelah itu butang continue akan kelihatan. Klik continue & jawab 2 soalan mudah seperti dalam gambar dan klik “check”. Jika jawapan anda betul, klik “continue” pada paparan congratulations.

1st time Login 02

1st time Login 03

1st time Login 04

3. Seterusnya, di paparan ini masukkan “Access No” & “Pin”

Access No = no kad bank maybank (16-digit)  pada bahagian hadapan kad

Pin = no Pin yang anda buat di mesin ATM di Bahagian I

Tick kotak kecil di bahagian bawahnya dan klik “Agree & Continue”

1st time Login 05

4. Dipaparan seterusnya, pilih jenis imej dan taip nama  imej tersebut menurut cita rasa anda sebagai langkah keselamatan semasa login. Kemudian klik submit

1st time Login 06

5. Pilih 3 soalan keselamatan yang anda mahukan berserta jawapan. Kemudian klik Submit

1st time Login 07

6. Paparan seterusnya menunjukkan nama yang anda pilih berserta soalan keselamatan. Jika puas hati dengan pilihan anda sebentar tadi klik submit.

1st time Login 08

SELESAI

 

Setelah selesai melakukan semua langkah di atas. Anda perlu ke cawangan Maybank bagi mengaktifkan TAC (Transaction Authorisation Code). Anda perlu mengisi satu borang dan memasukkan no telefon yang akan di gunakan untuk TAC maybank2u anda.

Isi borang tersebut dan bila no. gliran anda dipanggil. berikan kad pengenalan anda bagi tujuan keselamatan dan cop jari anda akan diselaraskan dengan kad pengenalan anda barulah TAC anda berjaya di daftarkan.

Dengan adanya TAC maybank2u anda kini boleh membuat transaksi wang secara online.

Apa Itu TAC?

Setiap kali anda melakukan urusan yang melibatkan pengeluaran duit , anda perlu klik request TAC no. untuk mengesahkan transaksi tersebut.

No TAC itu akan dihantar melalui sms ke handphone anda, masukkan ke dalam ruangan di laman maybank2u barulah transaksi anda akan berjaya sepenuhnya.

Setiap TAC number adalah berbeza setiap kali anda melakukan aktiviti online banking, oleh itu Online Banking adalah selamat selagi username, password dan juga telefon bimbit anda tidak dicuri.

TIPS :

Jika anda selalu membuat transaksi pindahan wang ke no akaun yang sama seperti akaun anak, bisnes , bil2 dan sebagainya, ikut langkah di bawah supaya tidak perlu request TAC  no setiap kali mahu membuat transaksi.

  1. Login ke akaun Maybank2u anda.Klik “Account & Banking”

Manage Transfer 00

2. Klik “Transfer” di menu sebelah kiri, & dibahagian bawah,  “Manage My Favourite Transfer” – klik 3rd Party Transfer

Manage Transfer 01

3. Klik “add”

Manage Transfer 02

4. Masukkan No Akaun & Nama pemegang akaun tersebut & klik continue

Manage Transfer 04

5. Klik “Request for TAC”, tunggu sebentar sehingga no TAC dihantar ke SMS. Masukkan dalam kotak itu dan klik “Confirm”

Manage Transfer 05

6. No akaun & nama pemegang akaun akan disimpan dan untuk transaksi pindahan seterusnya, anda hanya perlu pilih (tick kotak) akaun yang anda mahu buat pindahan tanpa perlu request no TAC lagi.

Manage Transfer 06.jpg

Tahniah kerana anda kini sudah memiliki akaun Maybank2u yang akan memudahkan urusan jual beli anda bersama Public Gold dan juga untuk transaksi2 lain.

SELESAI

Haris Halim
Public Gold Auth. Dealer
PG 045691
0193520178 || WhatsApp

14 Comments

  1. Mohd osmaili bin abdullah

    4283322027025673

  2. helpful and easy to understand.

  3. Sya

    Kenapa bila pegi kat atm maybank selepas tekan mybank2u takde tulis no pin mybank2u?

    • Ada sesetengah mesin yang baru dah tukar screen interface. jadi, kena baca arahan di skrin. Kalau tak ada juga, something wrong dengan maesin tu.

  4. Aisyah

    Buat Maybank2u ni kene umur 18 tahun and keatas ke…kalau bawah 18 boleh buat ke akaun maybank2u.

  5. Azizul

    Borang tac tu kena ambil dengan penjaga bank ke

  6. Engku zainal

    Salam..knpe ea bile dhtaf mybank2u..lepas sbmit tu selesai lah semua…boleh la buke tegok akaun…pahtu bile nk on balik dye sruh msuk id n pswd kan..tp sy masuk id ngn pswd yg betul..tp knpe xboleh??dye cakap salah pswd…pahtu sy buat pswd bru..boleh la buke balik..tp lps tu nk on balik same jgak dye cakap slah pswd….so ape mslah??tq…

    • Wsalam Saya tak pasti pula..Kalau semua dah ok, seperti pilih gambar unik masing2, sepatutnya x de masalah. Cuba En Engku call customer service 1300-88-6688 24hrs

  7. Ivy

    HAI! nak tanya if beli online dengan company yang direct purchase such as Dota item guna maybank2u, dah cuba tapi dia kata baki tak mencukupi padahal saya beli rm16 ringgit je kot. yang kedua, dia kata “prevent authorization of a transaction”.. then ketiga “The card issuer sees a charge that doesn’t fit your normal spending patterns and blocks the transaction to protect you”.. mcm mana dia tau cara sy spend my money online sedangkan baru smalam buka akaun and dah cash kan 600.. tak pernah lagi kot sy cash kan dari atm or online payment..

    kalau mcm cimbclicks, need to call pihak cimb la utk activated online purchase dari tempoh ni ke tempoh itu contoh 6 bulan, habis 6 bulan tu dia deactivated balik..

    maybank ni yang saya tak faham, bantu saya pls :))))

  8. Hana

    Assalamualaikum..sy nk tnye..akaun maybank brunei boleh register akaun maybank2u ke? Asal ada akaun maybank ke x kira dri brunei pun boleh register maybank2u?

    • Wsalam. itu kena pergi ke ATM mesin di sana & check ada tak Option utk daftar M2u. Kalau ada, boleh lah tu.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén