PREMIUM
Setiap emas dan perak yang dijual oleh Public Gold ada satu caj premium yang dinamakan Gold Premium (GP) dan Silver Premium (SP).
Sama ada buat belian biasa iaitu order, bayar dan simpan sendiri emas itu atau pun simpan dalam Akaun Simpanan Emas GAP, caj premium itu tetap dikenakan.
Ada 2 situasi utama bayaran premium
Belian Biasa – Pembeli emas membuat bayaran premium + harga emas setelah menerima invois (bayar awal)
Akaun GAP – Caj premium dibayar secara cash sewaktu kita membuat pengeluaran emas fizikal di cawangan Public Gold. (Bayar Kemudian)
MAKSUD PREMIUM
Premium ini ialah kos Public Gold menghantar emas ke cawangan2 Public Gold untuk memudahkan pembeli2 emas mengambil emas tersebut dari mana2 cawangan yang mereka suka.
Cawangan Public Gold tak simpan stok emas yang banyak. Stok emas Public Gold disimpan di Public Safe yang terletak di Bayan Lepas, Penang . Cawangan Public Gold hanyalah distribution centre. Stok yang disimpan di cawangan hanyalah dalam jumlah yang sesuai dengan jumlah jualan sesuatu branch.
CONTOH PENGIRAAN
Contoh 1
Emas 1 dinar berharga RM800. Dicampur dengan premium sebanyak RM10, Jadi jumlah bayaran kepada Public Gold ialah RM810.
Atau jika anda mahu keluarkan 1 dinar dari akaun GAP anda, anda hanya perlu bayar secara tunai sebanyak RM10 kepada staf bertugas.
Untuk pembelian secara ansuran atau Syariah Easy Payment Purchase (EPP), ada sedikit caj tambahan yang dikenakan.
Sebagai contoh. harga 1 dinar bernilai RM800 & buat EPP 4x
jadi, jumlah keseluruhan ialah : Harga emas + Premium + EPP Premium (RM800 + 10 +RM5) = RM815
*Info Tambahan:
Bagi belian secara retail, tiada Caj Premium untuk item emas di bawah:
Gold bar 0.5gm
Gold bar 1gm
Gold Bar 5gm
Coin 1/2 Dinar
Namun, hanya ada sedikit caj EPP Premium untuk 5gm & 1/2 dinar sebanyak RM5 jika memilih untuk membeli secara ansuran.
Mudah-mudahan pembaca semua faham akan maksud caj Premium.
Haris Halim
019-352 0178
Kod Introducer:
PG045691
http://bit.ly/daftarpgpercuma