Pengenalan Syarikat Public Gold Marketing Sdn. Bhd.
Public Gold Marketing Sdn Bhd salah satu syarikat tempatan yang menjual emas dan perak ditubuhkan pada tahun 2008 di Pulau Pinang menawarkan jual beli emas dan perak berdasarkan harga pasaran antarabangsa.
Dato Wira Lois Ng- Public Gold Founder
Public Gold menjalankan perniagaan emas fizikal dengan menyediakan platform belian secara online yang memudahkan pelanggan membuat pesanan kunci harga dan bayaran di talian.
Pelanggan boleh semak harga emas terkini 24jam 7 hari seminggu di portal rasmi Public Gold.
Kemudahan FPX Payment untuk pembelian Gold Accumulation Program(GAP). GAP adalah akaun simpanan emas secara terkumpul.
Public Gold merupakan pengeluar dan penjual jongkong emas, perak dan dinar terbesar di Malaysia.
Public Gold tidak menawarkan Multi Level Marketing(MLM) atau menawarkan deposit simpanan duit dan jaminan pulangan tetap setiap bulan.
Public Gold tak ada kaitan dengan Public Bank atau Public Mutual.
Ramai yang terkeliru disebabkan perkataan Public di depan tu,
Nama “Public Gold” diilhamkan oleh pengasasnya sendiri iaitu Dato’ Wira Louis Ng yang percaya bahawa orang awam mesti diberi peluang untuk memiliki emas pada harga berpatutan kerana emas adalah satu alat kewangan yang stabil dan boleh digunakan sebagai medium pertukaran. Maka dari situlah datangnya nama Public Gold.
Ibu pejabat Public Gold kini beralamat di : Plot 21, Technoplex Medan Bayan Lepas, Taman Perindustrian Bayan Lepas, Phase IV, 11900 Bayan Lepas, Penang. Kini Public Gold mempunyai 18 cawangan di seluruh Malaysia termasuk Indonesia. Kalau anda berpeluang ke Pulau Pinang, bolehlah singgah ke situ. Siap dah ada Muzium Emas sendiri.
Public Gold mempunyai fungsi yang sama sebagaimana kedai-kedai menjual emas yang lain, perbezaannya adalah Public Gold memfokuskan jualan Emas dan Perak untuk tujuan pelaburan dan kedai-kedai emas yang ada di pasaran lebih memfokuskan jualan emas untuk tujuan perhiasan.
15 Januari 2015
Public Gold juga telah bekerjasama dengan pengilang emas terkemuka dari Turki, iaitu Nadir Metal Refinery Group dan telah dilantik sebagai pengedar tunggal di Malaysia bagi pihak Londond Bullion Market Association (LBMA). Dinar keluaran Public Gold adalah satu-satunya dinar emas yang tiada GST sama ada di Malaysia atau di Singapura.
25 November 2015
Pada 2 November 2015, Public Gold dan Pos Ar Rahnu telah bekerjasama unutk menyediakan saluran kepada orang awam yang ingin menjalankan uruniaga emas sama ada beli, jual mahupun pajakan emas melalui 65 cawangan POS Ar Ranu seluruh Malaysia.
Kemuncaknya, pada 25 November 2015, satu perjanjian telah ditandatangani di Public Gold Global Business Centre dan pelancaran jongkong emas edisi terhad POS Malaysia.
16 Disember 2016
Public Gold juga telah menerima pengiktirafan sijil patuh syariah daripada Amanie Advisor Sdn Bhd yang diterajui oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar. Beliau adalah Pengerusi Majlis Pengawasan Syariah Bank Negara Malaysia
Website rasmi public gold ialah www.publicgold.com.my. Anda boleh menyemak harga semasa bagi pasaran emas atau perak. Harga jual/beli emas akan di kemaskini setiap 20 minit, kecuali harga untuk GAP yang disemak sekali sehari.
Emas fizikal Public Gold berketulenan 999.9 atau 24k sama ada dalam bentuk jongkong atau syilling dinar.
Kelebihan Emas Public Gold
1. Harga lebih murah
2. Spread Rendah
3. Diterima meluas oleh ar rahnu di Malaysia.
4. Urusan jual beli mudah dengan kaedah kunci harga secara online 24jam
5. Boleh beli dengan modal sekecil rm100
6. Boleh beli & bayar secara ansuran.