Tamak adalah satu perkataan berunsur negatif. Tak berapa sedap nak sebut, tetapi dalam situasi ini, perkataan tamak adalah bersesuaian sekali. Terutamanya dalam bab menuntut ilmu.

Maka perkataan yang berunsur negatif boleh bertukar menjadi unsur positif.

Seperti kata guru saya, Tuan Mohd Zulkifli, “Tak akan sama orang berilmu dengan orang tak berilmu. Semua benda akan jadi susah bila tak ada ilmu. Sebaliknya, bila ada ilmu, semua benda akan jadi mudah”

Tak ada orang yang terus jadi pandai. Semua mesti belajar, dan terus belajar untuk menambah ilmu. Even dah nak mati nanti pun kita akan tetap belajar. Diajar mengucap 2 kalimah syahadah ke telinga kita.

20.09.2015, saya dan rakan-rakan dealer yang lain telah menghadiri Seminar Rahsia Dealer Emas. Jadual asal tempoh seminar adalah 3 jam dari 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari,  tetapi berlanjutan hingga hampir ke pukul 2. Bukan disebabkan permulaan yang lewat, tidak. Seawal jam 9.20 pagi, sudah bermula tetapi disebabjkan banyak kupasan dan info-info termasuk sessi  Q&A, masa berlalu menjadi pantas. Menjadikan setiap saat dan minit seperti emas. Sangat berharga untuk kehilangannya.

seminar 1

A BIT RUSHED TOWARDS THE END

Salute kepada penceramah Tuan Mohd Zulkifli. Atas inisiatifnya, dan sedar bahawa program hari ini kesempitan masa dan rasa seperti terburu-buru ditamatkan, beliau akan mengadakan seminar yang berikutnya pada bulan depan, dan masa yang diperuntukkan adalah 7.5 jam !

Tempat sangat terhad dan dengan tamaknya saya terus enroll masuk.

Semoga sifat tamak ilmu ini boleh saya gunakan untuk membantu orang-orang kita agar celik emas dan tidak tertipu dengan skim-skim cepat kaya yang menggunakan emas & bertopengkan agama untuk mengaburi mata.

sifu
Bersama sifu Mohd Zulkifli Shafie (L) & En Syukor Hashim (R)

Dengan Public Gold, anda menukarkan RM yang goyah kepada emas yang kebal. Tak ada bayaran ahli, tak perlu beri komisen kepada introducer atau dealer. Kalau bajet anda 50 ribu, maka RM50k lah nilai emas yang anda dapat.

Jadi, apa yang saya dapat? Nak tahu rahsianya, jadilah Dealer.

Wassalam.

HaRiS
019-352 0178
20.09.2015