Simpanan & Pelaburan Emas Public Gold
Menu
  • Home
  • Public Gold Info
  • Daftar Ahli Public Gold
  • Akaun Simpanan Emas GAP
    • Cara Buka Akaun GAP
    • Step Top Up Akaun
    • Step Top Up Guna FPX
    • GAP – Cara Daftar/Update Akaun Bank
    • Step Keluarkan Emas / Jual Secara Online
  • Foto Gold Bar & Dinar LBMA 999.9
  • Premium & Spread
  • Panduan Customer
  • Panduan Dealer
Menu

ZAKAT EMAS DAN PERAK

Posted on October 15, 2015 by Haris
emas600px1
Zakat dari sudut bahasa ialah bersih, suci, bertambah dan berkembang. Zakat juga boleh diertikan sebagai suatu rahmat, kebaikan, penyucian dan peningkatan. Perkataan zakat telah diulangi dalam kitab suci Al-Quran sebanyak 30 kali. 27 kali daripadanya digandingkan dengan perintah menunaikan sembahyang dalam satu ayat:

“Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat; dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan.” [Al-Baqarah (2): 110]

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.At- Taubah; ayat 34-35

Nisab ialah kadar minima yang ditetapkan oleh syarak bagi sesuatu harta untuk dikeluarkan zakat

Nisab Emas & Perak
Emas =  85 gram.
Perak = 200 dirham / 595 gram.

Zakat emas dikira dalam dua keadaan.

1. Emas Yang Tidak Dipakai
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat    = RM 150

2. Emas Yang Dipakai
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya.

Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf.

Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Zakat emas perhiasan wanita akan dikenakan berdasarkan kadar uruf.

Uruf bererti cara dan corak pemakaian wanita tempatan. Zakat emas perhiasan ini tertakluk pada lembaga zakat negeri masing-masing.

URUF EMAS MENGIKUT NEGERI

Wilayah Persekutuan  – 150 gram emas
Selangor                     – 800 gram emas
Kelantan                     – Tiada uruf
Kedah                         – 150 gram
Perlis                          – 170 gram
Pulau Pinang              – 165 gram
Melaka                        – RM5000
Johor                          – 850 gram
Negeri Sembilan         – 200 gram
Terengganu               – 850 gram
Pahang                      – 200 gram
Perak                         – 500 gram
Sabah                        – RM5000
Sarawak                    – 775 gram

Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150 gram

Berat Emas yang layak dizakat = 250g – 150g = 100 gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9

Untuk pengiraan zakat secarA eletronik, boleh lah gunakan pautan inI KIRA ZAKAT EMAS

PERAK

Bagi logam perak, sama ada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih

  • Contoh:
    600 gram perak x RM2.45(segram pada 30 April 2014) x 2.5% = RM36.75
Apa kelebihan bagi orang yang menunaikan zakat?
.
1. Mereka akan dibersihkan Allah.
خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَهُمْ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
.
“Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu (wahai Muhammad) membersihkan dan mensucikan mereka, dan mendo`alah untuk mereka. Sesungguhnya do`a kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. (at-Taubah: 103)
.
Menurut ulama’; maksud (تُطَهِّرُهُمْ) ialah dengan zakat mereka itu kamu (yakni Muhammad s.a.w.) dapat membersihkan hati-hati mereka dari kesan syirik, sifat bakhil dan kedekut serta membersihkan tubuh-badan mereka dari penyakit dan bala bencana. Maksud (وَتُزَكِّيهِم) pula ialah dengan zakat itu juga kamu dapat mensucikan mereka di hadapan Allah yakni kamu menjadi saksi di hadapan Allah bahawa mereka benar-benar menunaikan perintah dan beriman dan kamu memberi syafaat kepada mereka dengan izin Tuhan kamu serta kamu mendoakan bagi mereka kebaikan, keberkatan dan seumpamanya. (Lihat al-Fiqhul Wadhih, Dr. Muhammad Bakr Ismail, jil. 1, hlm. 463)
.
2. Dijauhkan dari neraka
.
وَسَيُجَنَّبُهَا الْأَتْقَى، الَّذِي يُؤْتِي مَالَهُ يَتَزَكَّى، وَمَا لِأَحَدٍ عِنْدَهُ مِنْ نِعْمَةٍ تُجْزَى، إِلَّا ابْتِغَاءَ وَجْهِ رَبِّهِ الْأَعْلَى، وَلَسَوْفَ يَرْضَى
.
“Dan kelak akan dijauhkan orang yang paling takwa dari neraka itu, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah) untuk membersihkannya, padahal tidak ada seorangpun memberikan suatu nikmat kepadanya yang harus dibalasnya, tetapi (dia memberikan itu semata-mata) karena mencari keridhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi. Dan kelak dia benar-benar mendapat kepuasan”. (al-Lail: 17-21)
.
Orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah (sama dengan memberi zakat atau bersedekah) dengan penuh ikhlas dianggap oleh Allah sebagai manusia paling bertakwa. Dia diakhirat kelak ia akan dijauhkan dari neraka dan akan mendapat kepuasan dengan limpahan nikmat Allah kepadanya.
.
3. Diberi nikmat syurga
.
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ، الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ، وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ، وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ، وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ، إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ، فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ، وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ، وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ، أُولَئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ، الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
.
“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam shalatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, dan orang-orang yang menunaikan zakat, dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya, dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (ya`ni) yang akan mewarisi surga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya”. (al-Mukminun: 1-11)
.
Allah menghitung dalam ayat di atas orang-orang yang bakal dikurniakan nikmat syurga Firdaus di akhirat kelak. Salah seorang dari mereka ialah orang yang menunaikan kewajipan zakatnya.
.
4. Akan bertambah rezeki dan terpelihara harta
.
حصنوا أموالكم بالزكاة، وداووا مرضاكم بالصدقة، واستعينوا على حمل البلاء بالدعاء والتضرع
.
“Bentengkanlah harta kamu dengan zakat, ubatilah saudara-saudara kamu yang sakit dengan bersedekah dan pohonlah pertolongan (dari Allah) ke atas bala yang menimpa dengan berdoa dan merendah diri (kepada Allah)”. (Riwayat Imam Abu Daud dari al-Hasan. Lihat hadis ini dalam al-Jami’ as-Saghir, Imam Suyuti, no. 3728, dhaif).
.
5. Akan terselamat dari akibat buruk harta
.
Imam Thabrani meriwayatkan dari Jabir r.a. menceritakan; “Seorang lelaki bertanya Rasulullah s.a.w.; ‘Ya Rasulullah, apa yang akan diperolehi jika seorang itu menunaikan zakat hartanya?’. Jawab Rasulullah s.a.w.;من أدى زكاة ماله فقد ذهب عنه شره“Sesiapa yang menunaikan zakat hartanya nescaya ia akan selamat dari akibat buruk harta (atau akan hilang sifat jahat dari dirinya)”. (lihat hadis ini dalam kitab al-Fiqhul Wadhih, jil. 1, hlm. 466).
.
Maksud hadis ialah; orang yang menunaikan zakat ke atas hartanya ia akan selamat dari akibat buruk harta kerana harta ada kebaikan dan ada keburukannya. Adakalanya harta memberi manfaat kepada manusia dan adakalanya mendatangkan kecelakaan. Atau yang dimaksudkan ialah akan hilang sifat jahat pada diri iaitu bakhil, kedekut dan sebagainya. (al-Fiqhul Wadhih, hlm. 466

Haris Halim
16 Oktober 2015

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Archives

  • March 2019
  • December 2018
  • June 2018
  • May 2018
  • August 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • December 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • March 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015

Categories

  • Info
  • Panduan
  • Uncategorized

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Blog Author: Haris Halim

My Bisnez Card

Manfaat Simpan Emas

http://harishalim.com/wp-content/uploads/2019/03/02-Pentingnya-menyimpan-Emas.mp4

FACEBOOK: Haris Halim

FACEBOOK: Haris Halim

CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD

2  CARA BELIAN

CARA PERTAMA

*Normal Purchase*

KLIK SINI UNTUK DAFTAR PERCUMA & BELI EMAS SECARA ONLINE
atau
WALK IN TERUS KE MANA2 CAWANGAN PUBLIC GOLD

– beritahu staff bertugas nama & kod Introducer anda ialah HARIS HALIM PG045691

 

CARA KEDUA

*BELIAN MELALUI AKAUN SIMPANAN EMAS GAP*

Kaedah beli & simpan emas sediki demi sedikit dengan Public Gold, minimum RM100. Boleh keluarkan emas fizikal pada bila-bila masa di mana2 cawangan Public Gold terdekat.

Cara pembelian pertama (buka akaun simpanan GAP)

a) Transfer/bank in Duit ke

Public Gold Marketing Sdn Bhd

5571 3923 8048 (Maybank)

3167 52 0833 (Public Bank)

b) Hantar resit transfer tadi melalui Whatsapp ke GAP (017-4866 916) atau email ke gap@publicgold.com.my

Sertakan info:

1. Nama penuh
2. No ic
3. No Handphone
4. Email
5. Jumlah transfer
6. Introducer: Haris Halim PG045691

Public Gold akan hantar kod PG & Password akaun GAP anda melalui email dalam masa 1 hari bekerja.

 

Translate

© 2021 Simpanan & Pelaburan Emas Public Gold | Powered by Superbs Personal Blog theme