Harga emas akan sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.  Orang-orang dahulu dari zaman datuk nenek kita dah mula menyimpan emas. Walaupun mereka tidak dididik dan didedahkan akan kepentingan dan keuntungan menyimpan emas sebagaimana  kita sekarang, tapi mereka dah sedar dari awal lagi.

Apa buktinya harga dan nilai emas ini sentiasa akan meningkat untuk jangka panjang?

Tak perlu surf  jauh-jauh dan lihat graf..kita pergi sahaja ke website Bank Negara Malaysia dan lihat perbezaan harga Kijang Emas dari mula-mula ia keluarkan pada Julai 2001 hinggalah sekarang.

gold-kijang-15years

Ketika Kijang Emas mula-mula dikeluarkan pada Julai 2001, harga untuk 1oz (31.1g) Kijang emas ialah RM1082.

Moving forward ke Disember 2016, 15 tahun kemudian, harga bagi 1oz (31.1g) Kijang emas ialah RM5565!

RM1082  ——RM5565

Ini bermakna kenaikan sebanyak  414% hanya dalam 15 tahun!!

Dari idea ini, kita boleh praktik menabung emas demi masa depan anak-anak kita dari mula mereka lahir lagi. Andainya kita hanya menyimpan 1gram emas sebulan (RM175-180 se gram) di dalam akaun GAP Public Gold, anak-anak kita tu nanti akan ada emas seberat 216gm.

216gm emas pada masa sekarang bernilai dalam RM38,000.

kos-universiti-tempatan
(kredit foto: MD Mohd Zulkiflie Shafie)

RM38, 000 pada masa sekarang dah tentu tak sama pada 18 tahun akan datang.. Jika dalam masa 15 tahun sahaja harga emas boleh meningkat 414%, jadi kemungkinan besar selepas 18 tahun, emas sebanyak 216gram itu akan bernilai sebanyak RM188,000!!

Jumlah ini sudah cukup untuk menampung pendidikan anak kita ke universiti, untuk memulakan perniagaan kecil atau belanja kahwin kalau tak nak buat 2 perkara yang mula-mula tadi.

Jadi jelaskan bahawa emas adalah salah satu pelaburan yang menguntungkan dalam jangka masa panjang. Beli emas simpan, bila terdesak nak pakai duit baru jual atau boleh dipajakkan. Nanti kita akan terkejut bila nak jual balik sebab nilainya dah jauh lebih tinggi berbanding masa kita beli dulu.

 

Haris Halim
PG045691
019-3520178