Simpanan & Pelaburan Emas Public Gold
Menu
  • Home
  • Public Gold Info
  • Daftar Ahli Public Gold
  • Akaun Simpanan Emas GAP
    • Cara Buka Akaun GAP
    • Step Top Up Akaun
    • Step Top Up Guna FPX
    • GAP – Cara Daftar/Update Akaun Bank
    • Step Keluarkan Emas / Jual Secara Online
  • Foto Gold Bar & Dinar LBMA 999.9
  • Premium & Spread
  • Panduan Customer
  • Panduan Dealer
Menu

Emas Sebagai Aset Pelaburan Termurah

Posted on May 16, 2015 by Haris

gold-ira-rollover

Mana-mana guru pelaburan akan mengatakan property atau hartanah adalah pelaburan terbaik. Memang tidak dinafikan. Tetapi, tak semua mampu. Hanya orang yang bermodal besar sahaja mampu. Ini adalah realiti. Bermula dari downpayment hinggalah ke duti setem, charge lawyer, valuer rumah, belum masuk cagaran TNB, air, IWK dan lain-lain yang mana kalau dikumpulkan akan pengsan bagi yang berpendapatan 2500 ke bawah.

Prosesnya memakan masa berbulan-bulan. Kalau nak jual pula sebab terdesak nak pakai duit cepat, kenalah cari jalan lain.

Jangan ingat orang yang berpendapatan rendah atau pertengahan ini tiada keinginan untuk melabur. Jangan ingat mereka bekerja cuma hendak survive untuk bulan tersebut sahaja. Jadi, apakah intrument yang terbaik dan termurah bagi golongan orang biasa-biasa ini? Jawabnya adalah…

EMAS.

Semua orang boleh beli emas. Tak perlu berpengetahuan tinggi atau pandai berbahasa Inggeris untuk beli emas. Sama ada anda pelajar atau makcik pakcik di kampung pun boleh beli emas. Malah, di zaman teknologi ini, tak perlu ke kedai emas untuk beli emas dan boleh beli 24jam sehari secara online. Boleh beli dari serendah 1gram atau RM100 pun ada tetapi dikhuatiri tidak ikut syariah. Nak jual emas itu semula pun senang. Pergi sahaja ke kedai emas atau kalau sayang nak jual, pajak sahaja. Nanti tebus semula. Nak jual dalam facebook pun boleh.

ASB atau Tabung Haji pun bagus juga. Tapi tak ada point kalau asyik-asyik kena korek sahaja. Last-last amount tinggal sedikit, kalau dapat dividen hujung tahun pun tak seberapa. Tambahan lagi, nilai wang kita yang tidak kalis inflasi, malah semakin goyah. Kalau dulu gaji 3000 sebulan dah kira berpendapatan besar, sekarang tak lagi. Krisis ekonomi pun boleh berlaku bila-bila masa sahaja, dan good luck kepada sesiapa yang tiada buat back-up atas simpanan wang kertas anda.

Sepertimana hadis dhaif yang popular ini yang kita biasa jumpa di blog mahupun website penjual emas . Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan, “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham.”(Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal) Walaupun ia hadis dhaif (selagi BUKAN hadis tersangat dhaif atau hadis MAUDHU’ – palsu), ianya tetap hadis, cuma sanad dan rawinya tidak mencapai taraf hasan atau sahih.

Jika anda masih belajar di institusi pengajian tinggi, simpanlah emas untuk diri sendiri dari sekarang. Tak perulu menghabiskan duit beli iphone, ipad, motor besar, handbag mahal dan sebagainya. Jika anda sebagai bapa atau ibu, simpanlah emas dari sekarang untuk anak-anak. Itu lebih baik.

Moga-moga dalam 10-20 tahun lagi, simpanan emas itu boleh digunakan untuk membeli hartanah atau rumah secara tunai, sekaligus mengelakkan dari terkena riba. Kalau yang bujang, boleh buat pengeras untuk berkahwin. Tak perlu susahkan mak bapak atau buat personal loan yang sudah tentu ada riba.

Wallahu A'lam

Haris Halim
harishalim75@gmail.com
019-3520178

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Archives

  • March 2019
  • December 2018
  • June 2018
  • May 2018
  • August 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • December 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • March 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015

Categories

  • Info
  • Panduan
  • Uncategorized

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Blog Author: Haris Halim

My Bisnez Card

Manfaat Simpan Emas

https://harishalim.com/wp-content/uploads/2019/03/02-Pentingnya-menyimpan-Emas.mp4

FACEBOOK: Haris Halim

FACEBOOK: Haris Halim

CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD

2  CARA BELIAN

CARA PERTAMA

*Normal Purchase*

KLIK SINI UNTUK DAFTAR PERCUMA & BELI EMAS SECARA ONLINE
atau
WALK IN TERUS KE MANA2 CAWANGAN PUBLIC GOLD

– beritahu staff bertugas nama & kod Introducer anda ialah HARIS HALIM PG045691

 

CARA KEDUA

*BELIAN MELALUI AKAUN SIMPANAN EMAS GAP*

Kaedah beli & simpan emas sediki demi sedikit dengan Public Gold, minimum RM100. Boleh keluarkan emas fizikal pada bila-bila masa di mana2 cawangan Public Gold terdekat.

Cara pembelian pertama (buka akaun simpanan GAP)

a) Transfer/bank in Duit ke

Public Gold Marketing Sdn Bhd

5571 3923 8048 (Maybank)

3167 52 0833 (Public Bank)

b) Hantar resit transfer tadi melalui Whatsapp ke GAP (017-4866 916) atau email ke gap@publicgold.com.my

Sertakan info:

1. Nama penuh
2. No ic
3. No Handphone
4. Email
5. Jumlah transfer
6. Introducer: Haris Halim PG045691

Public Gold akan hantar kod PG & Password akaun GAP anda melalui email dalam masa 1 hari bekerja.

 

Translate

© 2021 Simpanan & Pelaburan Emas Public Gold | Powered by Superbs Personal Blog theme