Shortcut Link
1. CARA BUKA AKAUN GAP
2. CARA BUAT BELIAN TAMBAHAN SECARA MANUAL (tiada caj)
3. CARA MUDAH BUAT BELIAN TAMBAHAN MENGGUNAKAN fpx (rm1 CAJ SETIAP TRANSAKSI)
4. CARA KELUARKAN EMAS DARI AKAUN GAP ATAU JUAL SECARA ONLINE
5. CARA DAFTAR & UPDATE INFO AKAUN BANK SECARA ONLINE
Pengertian GAP
Gold Accumulation Program (GAP) ialah kaedah pembelian emas Public Gold melalui Akaun Emas yang dibackup dengan emas fizikal 100%. Kita boleh beli, simpan dan keluarkan emas fizikal dengan jumlah minimum 1 gram. Ia kaedah pembelian emas paling mudah di Malaysia buat masa ini.
Keistimewaan GAP Public Gold (PG):
- Pembelian modal sekecil 1 gram.
- Simpan emas dengan PG secara percuma, tanpa had masa dan kuantiti.
- Boleh keluarkan emas fizikal dari mana2 19 cawangan PG seluruh M’sia.
- Boleh beli dan jual secara online sahaja.
- Harga emas 1 gram paling murah di Malaysia.
Anda boleh membuat pembelian GAP melalui 9 kaedah dibawah:
1. Perbankan internet (Maybank2u / Public Bank Internet banking)
2. Perbankan internet (Interbank giro transfer) dari akaun bank lain.
3. Deposit tunai di kaunter bank
4. Mesin deposit tunai
5. Pindahan wang secara 3rd Party dari mesin ATM,
6. Arahan tetap bulanan
7. Bayaran tunai di cawangan Public Gold
8. Trade in emas terpakai (di cawangan Public Gold).
GAP SESUAI UNTUK SIAPA?
- Nak beli emas tapi takut nak simpan sendiri di rumah.
- Budget menyimpan dalam RM100-200 sebulan (1 gram sebulan)
- Berada diluar negara atau bekerja offshore.
- Jauh dengan cawangan Public Gold
- dan yg paling sesuai untuk orang yang simpan wang tunai tapi selalu korek hingga habis dibelanjakan.
KELEBIHAN AKAUN GAP
- Kita boleh beli emas dari dengan budget sekecil RM100 (0.5gm) atau 1 gram sahaja.
- Simpan emas dengan PG secara percuma, tanpa had masa dan kuantiti.
- Boleh keluarkan emas fizikal gold bar atau dinar dari mana2 19 cawangan PG seluruh Malaysia.
- Boleh beli dan jual secara online tanpa perlu ke cawangan Public Gold.
- Dapat beli emas 1 gram dengan harga paling murah di Malaysia.
- Tiada yuran simpanan (disimpan secara percuma)
- Disokong 100% oleh emas fizikal
- Pegangan baki minima di dalam akaun 1 gram sahaja
- Urusniaga bila-bila masa. 24 jam sehari, 365 hari setahun
- Anda boleh mengeluarkan emas fizikal serendah 1 gram sahaja
- Akaun GAP tiada tarikh luput
- Harga ketulenan 999.9 per gram yang jauh lebih murah berbanding kedai emas
- Boleh buka akaun emas untuk anak dari seawal lahir.
- Jika baki akaun ialah kosong, akaun dianggap tidak aktif, caj RM50 dikenakan jika mahu mengaktifkannya semula.
- Jika pemilik akaun GAP meninggal dunia, pewaris boleh menuntutnya dgn membawa dokumen sijil mati, wasiat, surat beranak/sijil perkahwinan & surat mahkamah.
- Premium hanya dibayar ketika mengeluarkan emas dan mengikut jenis emas yang dikeluarkan sahaja.
- Beli emas 1gram, 5gram & setengah dinar melalui GAP ialah cara yang termurah berbanding harga retail.
Proses & Prosedur
1.Selepas belian, berapa lama tempoh boleh keluarkan emas fizikal dari akaun GAP?
Emas fizikal boleh terus dikeluarkan dari akaun GAP selepas pembelian itu telahpun dimasukkan ke dalam GAP Statement di website www.publicgold.com.my. Public Gold ambil masa 2 hari bekerja untuk update GAP Statement tersebut.
2.Bagaimana cara mengeluarkan emas fizikal akaun GAP?
Telefon cawangan Public Gold terdekat dan beritahu jenis emas (gold bar/dinar) , dan kuantiti item yang nak dikeluarkan dari akaun GAP. Kalau stok dah ready, boleh terus datang ambil. Kalau stok belum ready, staff akan contact kita semula bila stok baru dah sampai.
Kalau urgent, boleh contact mana-mana 19 cawangan Public Gold yang ada ready stock untuk keluarkan emas tu.
3.Apa dokumen yang perlu dibawa untuk keluarkan emas fizikal? Perlu tak simpan slip pembayaran asal?
Bawa kad pengenalan dan duit untuk bayar caj premium sahaja. Slip pembayaran asal tak diperlukan sebab ia sudah disimpan dalam sistem Public Gold.
4.Bolehkah buka akaun GAP untuk anak berumur bawah 18 tahun? Berapa minimum umur untuk buka GAP?
Boleh. Tak ada umur minimum. Cuma untuk 18 tahun ke bawah, perlu buka AKAUN BERSAMA dengan ibu / bapa. Pilih salah seorang, samada bersama ibu atau bersama bapa.
5.Kalau nak jual emas GAP, adakah perlu keluarkan emas fizikal terlebih dahulu?
Tak perlu. Boleh terus jual secara online. Login web > My GAP > Buy Back.
Caj Berkaitan
7.Berapa caj pengeluaran yang dikenakan semasa keluarkan emas fizikal dari GAP?
Bayar caj premium sahaja atas SETIAP KEPING mengikut jenis item yang nak dikeluarkan.
8.Kalau keluarkan emas fizikal, berapa baki minimum perlu ditinggalkan dalam akaun GAP? Boleh tak keluarkan kesemua emas dari akaun?
Boleh keluarkan kesemua emas tanpa tinggalkan baki. Tetapi paling baik tinggalkan baki minimum 1 gram supaya akaun GAP tersebut kekal aktif.
Kalau keluarkan semua tanpa tinggalkan baki, Public Gold anggap akaun GAP itu ditutup (sama konsep seperti akaun bank juga). Bila nak buat belian akan datang, Public Gold kenakan caj activation fee RM50. Jadi saya syorkan tinggalkan bagi 1 gram kecuali memang dah tak nak beli melalui GAP dengan Public Gold.
9.Adakah syarat wajib kena beli setiap bulan?
Tak ada. Kita bebas untuk beli dan jual pada bila-bila masa tanpa had.
10.Berapa lama tempoh masa dibenarkan simpan dengan Public Gold? Berapa had kuantiti emas? Dan berapa cajnya?
Tiada had masa, dan tiada had kuantiti. Ianya PERCUMA.
11.Adakah harga GAP lebih mahal berbanding pembelian non-GAP?
Tak tentu. Harga emas GAP disemak setiap pukul 12.00 malam, manakala harga emas pembelian biasa disemak setiap 20 minit mengikut harga emas dunia. Kalau harga emas dunia menaik, biasanya harga GAP lebih murah. Kalau menurun, biasanya harga GAP lebih mahal.
Pengeluaran Emas Fizikal
12.Apa item yang boleh dikeluarkan dari akaun GAP?
Semua jenis dinar dan gold bar LBMA (kecuali gold bar 0.5 gram).
13.Boleh tak saya keluarkan item “dinar” dari akaun GAP?
Boleh. Asalkan cukup gram dalam akaun GAP.
Contohnya nak keluarkan 1 dinar(4.25 gram). Kena ada sekurang-kurangnya 6 gram dalam akaun GAP supaya dapat tinggalkan minimum 1 gram dalam akaun.
14.Bolehkah emas fizikal yang sudahpun dikeluarkan, dimasukkan semula ke akaun GAP?
Tak boleh. Kena jual emas tu dulu, kemudian beli balik masuk ke akaun GAP. Kaedah begitu merugikan.
15.Bolehkah wakilkan kepada orang lain untuk keluarkan emas fizikal dari akaun GAP bagi pihak kita?
Tak boleh. Hanya pemegang akaun sahaja dibenarkan keluar emas fizikal dari cawangan Public Gold.
16. Boleh tak orang lain tolong belikan emas dan masuk ke akaun kita?
Boleh
Jaminan & Keselamatan
16.Adakah GAP dilindungi insuran?
Ya. Emas GAP disimpan di safe deposit box di bawah kendalian Public Safe (www.publicsafe.com.my). Dan ianya dilindungi insuran.
17.Apakah bukti emas yang disimpan di dalam GAP itu wujud?
Buktinya, kita boleh keluarkan emas itu bila-bila masa dari mana-mana 19 cawangan seluruh Malaysia. Kalau item yang kita pilih belum ada ready stock di cawangan terdekat, kita diberi pilihan:
a. tunggu stok baru sampai dari HQ, atau
b. keluarkan daripada cawangan lain, atau
c. pilih item lain yang available.
18.Kalau berlaku apa-apa kepada Public Gold, bagaimana cara keluarkan emas tersebut?
Pertama sekali, kena jelaskan apa yang dimaksudkan dengan “berlaku apa-apa” itu. Sebarang perkara yang luar jangka, kita pun tak dapat jangka apa yang berlaku.
Sebagai contoh tahun 2015, berlaku krisis kewangan di Greece yang menyebabkan duit di bank pun tak dapat dikeluarkan! Ia perkara luar jangka.
Jadi kalau rasa “tak lena tidur” simpan emas dengan Public Gold, kita boleh keluarkan emas tersebut dan simpan sendiri.
19.Kalau berlaku kematian, bolehkah waris keluarkan emas tersebut?
Boleh. Caranya ialah waris bawa surat kematian dan surat mahkamah/pengesahan pentadbir harta pusaka.
Surat mahkamah boleh dapatkan dari pejabat pusaka kecil/amanah raya di pejabat tanah daerah/negeri.
Sebelum itu, waris kena tahu berapa banyak gram emas dalam akaun GAP simati. Jika waris tak tahu, si waris perlu ke branch PG untuk dapatkan info berapa banyak gram emas dalam GAP.
Semasa apply di pejabat pusaka kecil mestilah letak nama waris yg akan keluarkan emas tersebut. Tak boleh letak nama orang lain, pergi ambil emas , org lain.
Setelah lengkap semua, bawa dan serahkan surat2 tersebut ke cawangan Public Gold. Head of Branch akan memeriksa kesahihan tuntutan tersebut dan serahkan emas kepada waris tersebut.
20.Boleh tak nak tengok emas GAP yang kita beli itu?
Tak boleh sebab bila beli GAP, bukanlah membeli ITEM emas yang dah siap, tetapi kita membeli GRAM emas. Emas yang kita beli itu disimpan dalam bentuk “pool” bersama dengan pembeli yang lain.
Katakanlah kita membeli 5 gram, dan belian kesemua pembeli GAP seluruh Malaysia berjumlah 100kg, maka Public Gold akan simpankan 100kg emas dalam perbagai saiz di dalam Public Safe (Penang). Kita memiliki 5 gram daripada 100kg itu.
Bila nak keluarkan emas fizikal dan simpan sendiri, waktu itu barulah kita pilih apakah jenis item yang mahu dikeluarkan. Boleh pilih samada (1) gold bar 1 gram x 5 keping, atau (2) gold bar 5 gram x 1 keping. Bila dah keluarkan dari mana-mana cawangan Public Gold, maka bahagian kita akan dihapus (dalam rekod) daripada 100kg itu
CARA PEMBELIAN GAP KALI PERTAMA (3 Langkah Mudah)
#1 :Rujuk harga emas semasa GAP di website Public Gold
#2 : Bank in/transfer ke akaun Public Gold Marketing Sdn Bhd
Buat pembayaran ke dalam mana-mana akaun bank Public Gold seperti di bawah:
Bank: Maybank
Nombor akaun: 5571 3923 8048
atau
Bank: Public Bank Berhad
Nombor akaun: 3167-52-0833
#3 :Hantar WhatsApp/SMS/WeChat bersama detail di bawah ke 017-486 6916
(New Customer)
- Nama Penuh
- No Mykad
- No Telefon
- Tarikh bank in
- Jumlah bank in
- Introducer: PG045691 Muhd Haris Halim
Contoh Hantar Permohonan Melalui WhatsApp
Jika mahu buka joint akaun dengan anak, tambahkan mesej dengan menaip:
- Joint Account Bersama Anak
- Nama Anak
- Nombor mykid/mykad/sijil lahir anak
(Sila sertakan gambar slip bayaran/transfer sebagai bukti. Guna camera phone pun boleh asalkan clear. Urusan pengesahan akan lebih cepat)
Akaun GAP anda akan diproses dalam masa 48 jam (waktu bekerja) dari tempoh penerimaan pembayaran.
Kemudian anda akan menerima email daripada Public Gold yang mengandungi maklumat PG Code anda.
#4 : Hantar email (OPTIONAL)
Emailkan slip bayaran tadi kepada: gap@publicgold.com.my, dan CC kepada saya: harishalim75@gmail.com
Dalam email itu, sertakan maklumat/detail sama seperti no 3 di atas.
Public Gold akan membalas WhatsApp/Sms/WeChat/Email anda maksimum 2 hari bekerja.
https://harishalim.files.wordpress.com/2016/12/gap-belian-pertama1.jpg
SEMAK AKAUN GAP
Setiap pemegang Akaun GAP akan mempunyai akaun online peribadi untuk melihat urusniaga beli dan jual emas masing-masing. Lepas permohonan diproses, Public Gold akan berikan Username/PG Code. Kemudian, gunakan no. IC 12 digit sebagai Password. Kalau nak reset password, ikut step di SINI .
Langkah seterusnya untuk mengakses akaun :
- Buka website Public Gold dan klik Login
- Masukkan PG code anda dan password.
- Klik MYGAP
- Klik Summary / Statement
CARA BELIAN TAMBAHAN GAP
PENGELUARAN EMAS FIZIKAL GAP
Keistimewaan terbesar GAP ialah anda boleh mengeluarkan emas fizikal daripada akaun GAP anda sama ada dalam bentuk jongkong ataupun syilling dinar.
Untuk jongkong emas, anda boleh memilih samada:
Jongkong emas 1 gram / 5 gram / 10 gram / 20 gram / 50g / 100 gram/ 250 gram / 1 kilo
Untuk dinar emas anda boleh memilih samada:
½ Dinar (2.125 gram) / 1 Dinar (4.25 gram) / 5 dinar (21.25 gram) / 10 Dinar (42.5 gram).
** Jongkong emas 0.5 gram tidak diboleh dikeluarkan menggunakan akaun GAP
Emas ini anda boleh pegang dan simpan sendiri.
Apabila anda mengeluarkan emas fizikal, Public Gold akan menolak berat emas tersebut daripada akaun GAP anda.
Anda perlu mengambil sendiri emas yang dikeluarkan daripada akaun GAP anda di mana-mana pejabat Public Gold. Anda tidak boleh menghantar wakil bagi mengambil emas fizikal yang dikeluarkan daripada akaun GAP.
Terdapat 2 syarat semasa mengeluarkan emas fizikal iaitu:
- Pengeluaran emas fizikal tertakluk kepada cas premium, bergantung kepada jenis emas yang dikeluarkan.
- Anda boleh keluarkan semua nilai emas di dalam akaun GAP, tertakluk kepada baki minima 1 gram.
nota: Kos premium ini perlu dibayar di dalam bentuk tunai atau bank transfer kepada staff di office Public Gold sewaktu anda datang mengambil emas fizikal ini.
Contoh pengiraan.Sebagai contoh, jika akaun GAP anda mempunyai baki 11 gram, anda boleh mengeluarkan emas fizikal sebanyak 10 gram.
- Jika anda keluarkan 10 gram tersebut di dalam bentuk 1 gram x 10 keping, maka premium yang perlu anda bayar adalah RM10 x 10 = RM100
- Jika anda keluarkan 10 gram tersebut di dalam bentuk 5 gram x 2 keping, maka premium yang perlu anda bayar adalah RM5 x 2 = RM20
- Jika anda keluarkan 10 gram tersebut di dalam bentuk 10 gram x 1 keping, maka premium yang perlu anda bayar adalah RM10 x 1 = RM15
*p/s: Ini adalah contoh pengiraan premium jika pengeluaran dibuat di Semenanjung Malaysia.
CARA PENGELUARAN DARI GAP
1. Pengeluaran Emas Fizikal
Untuk mengeluarkan emas fizikal, anda hanya perlu menelefon pejabat Public Gold yang berhampiran dan beritahu staff bertugas anda mahu ambil item emas apa dan bila. Setelah buat reservation dan ada stok, anda boleh pergi ke cawangan Public Gold itu, tunjukkan mykad, bayar premium dan bawa emas anda pulang. Hanya pemegang akaun sahaja yang boleh membuat pengeluaran.
2. Pengeluaran Tunai
- Ia berdasarkan harga ‘PG Buy’ jam 12 tengah malam pada hari tersebut mengikut berat emas yang terkumpul di dalam akaun GAP.
- Pembayaran akan dibuat 1hari bekerja jika menggunakan Maybank dan 2 hari bekerja untuk bank yg lain. Jika permintaan buyback dibuat pada petang hari Jumaat, maka pembayaran akan dibuat pada hari Isnin atau Selasa berikutnya.
- Contoh: Jual balik dibuat pada 02/06/2015 1pm , harga akan merujuk pada 02/06/2015 00:00 tengah malam harga PG Buy, bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda pada 04/06/2015
1. Gunakan Buy-Back Button Dalam Portal MYGAP