APA ITU LBMA DAN KENAPA BELI EMAS DAN PERAK LBMA
LBMA adalah singkatan kepada London Bullion Market Association, iaitu satu badan induk yang berpusat di London. Ia adalah badan utama yang mengawal dan menentukan pasaran emas dan perak di seluruh dunia. Samada dari aspek harga, ketulenan, kualiti, penghantaran, maintenance, standard dan sebagainya.
Ditubuhkan pada 1987 oleh Bank of England dan keahlian sehingga kini lebih kurang 145 syarikat dari seluruh dunia termasuk pelombong, bank, pelabur, pelebur, pembekal dan pengilang.
Bukan semua syarikat pengeluar emas/perak di akreditasikan oleh LBMA. Hanya syarikat yang terpilih dan memenuhi kriteria yang sangat ketat sahaja boleh bernaung di bawah LBMA. Di ringkaskan hanya pengeluar emas/perak yang besar, kukuh dan hebat sahaja boleh di akreditasikan oleh LBMA antaranya Pamp Suisse, Perthmint, Bookcoins, Argor, Valcambi, Degussa, Ettihad dan Nadir.
Nadir Refinery Metal iaitu pengeluar Jongkong Emas dan Perak untuk Public Gold telah mendapat pengiktirafan LBMA pada Disember 2011 untuk Jongkong Emas dan Jun 2012 untuk Jongkong Perak. Status ini membolehkan Jongkong Emas dan Perak Public Gold sangat sesuai untuk Simpanan dan Pelaburan kerana diiktiraf antarabangsa dan murah (bebas GST).
Tanpa logo ini, pembeli emas di Malaysia terpaksa tambah lagi 6% ke atas belian emas mereka. Oleh itu belilah emas yang tiada cas GST seperti emas Public Gold kerana ia lebih murah dan diiktiraf antarabangsa.