Simpanan & Pelaburan Emas Public Gold
Menu
  • Home
  • Public Gold Info
  • Daftar Ahli Public Gold
  • Akaun Simpanan Emas GAP
    • Cara Buka Akaun GAP
    • Step Top Up Akaun
    • Step Top Up Guna FPX
    • GAP – Cara Daftar/Update Akaun Bank
    • Step Keluarkan Emas / Jual Secara Online
  • Foto Gold Bar & Dinar 999.9
  • Premium & Spread
  • Panduan Customer
  • Panduan Dealer
Menu

Silver – Pelaburan Yang Dilupakan

Posted on September 19, 2015 by Haris

Silver-5KG

Ramai pelabur2 silver yang tidak gembira dengan kejatuhan harga semenjak beberapa tahun lepas yang masih belum pulih. Perlu diingat, tujuan melabur adalah buy low, sell high. Masih ada peluang untuk prestasi silver meningkat kepada pelabur2 silver. Ini taklah bermakna harga silver akan melonjak 400-500% dalam masa terdekat, tetapi terdapat beberapa tanda akan adanya anjalan harga.

Jika kita mengikuti perkembangan pelaburan, kita akan dapati logam2 berharga seperti, perak, emas dan platinum mempunya hubungan yg negatif dengan stock market atau pasaran saham. Contohnya sewaktu pasaran saham dlm keadaan yg memberangsangkan, pelabur2 tidak mempedulikan silver, dan bila pasaran saham dalam keadaan yg sebaliknya, barulah pelabur2 mengalihkan perhatian mereka kepada silver.

Secara peribadi pelaburan silver adalah pelaburan jangka panjang yang hebat. Walaupun secara tipikalnya harga silver tidak akan melonjak secara tiba2 dalam jangka pendek, tetapi dalam masa 15 tahun ini, terdapat beberapa ketika yang harga silver kembali mengukuh.

Silver sebagai penampan kepada ketidaktentuan ekonomi

Pelabur tidak sepatutnya memandang rendah logam-logam berharga ini.

Silver dan Emas adalah pelaburan terbaik yang bertujuan untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan menghadapi pasaran saham yang sentiasa turun naik. Silver tetap dianggap sebagai produk yang penting dan versatile walaupun prestasinya tidaklah berapa baik sepanjang 4 tahun yang lepas.

Ada banyak sebab kenapa pelabur merasa gusar dengan situasi silver sekarang.

Antaranya adalah China. Kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia sedang di dalam masalah semenjak ekonominya berkembang dengan menakjubkan dalam 35 tahun kebelakang.

China memberi berita yang menghampakan apabila mengumum akan pertumbuhan ekonominya hanya pada 7% setahun . China juga telah memotong kadar faedah sebanyak 5 kali semenjak November lepas ke 4.85% dan merendahkan nilai yuan untuk menggalakkan pinjaman dan pertumbuhan ekonominya. Dengan membuat matawang lemah hanya untuk meningkatkan pasaran export hanya akan berjaya jika pihak pembeli mempunyai wang yang banyak untuk dibelanjakan.

Harga silver berkait dengan emas.

Sama seperti silver, harga emas telah jatuh semenjak dari 2011 lagi. Pada harga sekarang iaitu $15.16 per auns, ia memerlukan 75 auns untuk membeli satu auns emas ($1,138.93). Pada tahun 2011, rationya adalah 32:1

[Cara mengira ratio silver:emas adalah harga emas per auns / harga silver per auns]

Untuk kembali ke ratio seperti tahun 2011, harga silver mesti naik sebanyak $20 per auns menjadikan harganya $35 per auns

Para pelabur mungkin tidak akan menunggu lama tempoh pemulihan ratio silver:emas ini. Price correction adalah tidak jauh lagi apabila rationya mencecah 70.

Ratio silver/emas ini pernah mencecah margin tersebut pada tahun 1995 apabila harga silver meningkat 70%; 2003 apabila ia meningkat 200% dan pada 2011 apabila silver meningkat kepada 420%

Bekalan Silver Berkurangan

Bekalan silver adalah terhad dan ada sebabnya kenapa bekalannya semakin berkurangan..

Kebanyakan syarikat pelombong tidak melombong khusus hanya kepada silver seperti lombong emas. Silver hanyalah by-product ataupun produk yang terjadi daripada pembuatan atau tindakbalas kimia. Ia dilombong sebagai secondary produk atau produk sampingan kepada emas, tembaga, lead dan zinc.

Dengan kejatuhan harga emas dan tembaga, para pelombong telah mengurangkan modal belanjawan melombong. Hasilnya, kurangnya pengeluaran dan membantutkan perkembangan dan pembukaan lombong2 yang baru. Dan apabila ekonomi dunia kembali kukuh, ia mungkin akan menyebakan kesukaran pelombong memenuhi permintaan,

Ini akan memnyebabkan harga silver melonjak naik kerana silver adalah sangat berharga dalam sektor industri yang melibatkan bateri, pergigian, chip LED, perubatan, reaktor nuklear, tenaga solar, semikonduktor, skrin sentuh dan banyak lagi.

Perlu diingat, permintaan terhadap silver hanya akan naik apabila ekonomi dunia kembali pulih. Namun, suasana ekonomi yang suram di China, Canada, Japan, Russia, zon Eropah dan Amerika adalah penghalang kepada kebangkitan harga silver pada masa ini.

IMF menjangka pertumbuhan ekonomi dunia pada tahun ini adalah 3.3% dan meningkat kepada 4% tahun hadapan. Mungkin tahun 2016 memberi sedikit sinar kepada pelabur-pelabur silver.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Archives

  • March 2019
  • December 2018
  • June 2018
  • May 2018
  • August 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • December 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • March 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015

Categories

  • Info
  • Panduan
  • Uncategorized

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Blog Author: Haris Halim

My Bisnez Card

Manfaat Simpan Emas

https://harishalim.com/wp-content/uploads/2019/03/02-Pentingnya-menyimpan-Emas.mp4

FACEBOOK: Haris Halim

FACEBOOK: Haris Halim

CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD

2  CARA BELIAN

CARA PERTAMA

*Normal Purchase*

KLIK SINI UNTUK DAFTAR PERCUMA & BELI EMAS SECARA ONLINE
atau
WALK IN TERUS KE MANA2 CAWANGAN PUBLIC GOLD

– beritahu staff bertugas nama & kod Introducer anda ialah HARIS HALIM PG045691

 

CARA KEDUA

*BELIAN MELALUI AKAUN SIMPANAN EMAS GAP*

Kaedah beli & simpan emas sediki demi sedikit dengan Public Gold, minimum RM100. Boleh keluarkan emas fizikal pada bila-bila masa di mana2 cawangan Public Gold terdekat.

Cara pembelian pertama (buka akaun simpanan GAP)

a) Transfer/bank in Duit ke

Public Gold Marketing Sdn Bhd

5571 3923 8048 (Maybank)

3167 52 0833 (Public Bank)

b) Hantar resit transfer tadi melalui Whatsapp ke GAP (017-4866 916) atau email ke gap@publicgold.com.my

Sertakan info:

1. Nama penuh
2. No ic
3. No Handphone
4. Email
5. Jumlah transfer
6. Introducer: Haris Halim PG045691

Public Gold akan hantar kod PG & Password akaun GAP anda melalui email dalam masa 1 hari bekerja.

 

Translate

© 2022 Simpanan & Pelaburan Emas Public Gold | Powered by Superbs Personal Blog theme