Ramai yang saya jumpa ragu-ragu nak simpan emas. Pada mereka, beli emas tu mahal dan sama macam beli motor, kereta, ipad, iphone atau apa-apa sahaja. Padahal, bila kita beli emas, duit itu tak terusik dan berubah nilainya, malah ia akan naik berganda di masa hadapan. Yang sebenarnya kita menukarkan nilai semasa duit dan mengikatnya kepada nilaian emas.
Dinar 916 atau 22k sudah tidak dikeluarkan lagi oleh Public Gold. Hanya Dinar 999 atau 24k sahaja dijual kerana tiada GST.
Ramai pernah dengar atau baca, pada tahun 2000, M.Nasir berkahwin dgn Marlia Musa dgn hantaran 13 Dinar yg bernilai RM 2000. Bermakna 1 dinar nilainya adalah RM154. Jika kita melihat di website Public Gold seperti di atas, harga semasa 1 dinar adalah RM586!!! Jadi, nilai 13 dinar itu sekarang telah menjadi RM7618 jika Marlia Musa hanya menyimpan dinar tu bawah bantal.
Katakanlah, M Nasir kasi cash RM2000 bukannya dinar kepada Marlia Musa. Marlia Musa pula simpan dalam ASB tanpa apa-apa penambahan. Setelah 15 tahun, dengan kuasa compounded ineterest sebanyak 7.5% setahun, simpanan ASB Marlia Musa hanyalah RM5917. Perbezaan sebanyak RM1701. Banyak jugak tu . Nasib baik Marlia Musa simpan dalam ASB. Dapatlah duit tu beranak sedikit. Kalau simpan je bawah bantal,lagi haru.
Duit kertas nilainya kan berkurang mengikut tahun. RM2 ribu tahun ini tak sama dengan RM2 ribu pada 10 tahun akan datang. Nilai duit kertas sentiasa menurun. Anda sangka duit anda meningkat bila simpan dalam bank. Ya, betul jumlah dia meningkat tetapi sebenarnya nilainya menurun.
Dengan modal serendah RM150 sahaja anda boleh memulakan pelaburan emas. Tak perlu ada modal beratus atau beribu. Katakanlah anda ada RM1 ribu dalam tangan/ Cukupkah nak beli tanah atau property? Mestilah tidak kan. Jadi,emas adalah pilihan yang tepat bagi kita yang tidak mampu untuk menceburi pelaburan hartanah di mana dengan modal yang kecil,anda mampu memiliki emas.
1 thought on “Simpan Emas Dari Sekarang!”