Nak beli emas Public Gold, tapi takut nak simpan? Yelah, dah beli banyak-banyak, nak simpan kat rumah pun hati tak tenang kalau pergi holiday atau keluar bekerja. Dibuatnya ada orang pecah masuk rumah, habis semuanya. Inilah dilemma yang biasa dihadapi oleh pengumpul emas. Tetapi, tak payah risau sebab ada 2 cara pantas kalau anda tak mahu simpan emas di rumah.
Pertama, dengan membuka akaun GAP.
Anda boleh beli seberapa banyak yang mahu, bila-bila masa mengikut harga GAP terkini yang diupdate setiap 12 tengah malam. Dan yang bestnya tak perlu bayar upah atau yuran simpan. Percuma sahaja.
Selain dari dilindungi insurans, pengeluaran emas boleh dilakukan secara fizikal dimana-mana pejabat cawangan Public Gold di seluruh Malaysia atau secara tunai melalui SMS/Whatapps/WeChat.
Kedua ialah, dengan memilih Storage Service sewaktu membuat online order. Maksudnya bila anda membuat pembelian secara online untuk gold bar atau syiling dinar, anda terus mengarahkan pihak Public Gold menyimpan emas tersebut.
Ada charge minima yuran tahunan yang dikenakan sama ada RM50 atau 1% dari nilai simpanan emas/2% dari nilai perak atau mana yang lebih tinggi, megikut kepada harga pasaran emas/perak semasa. Tick kotak ‘Use Storage Service’ semasa membuat online order
Ada juga cara lain seperti buka safe deposit di bank atau syarikat swasta yang lain, tetapi yuran tahunannya mungkin agak tinggi dan memerlukan anda sendiri untuk pergi membuat simpanan.
Cara di atas amat sesuai untuk orang yang sibuk, jauh dari bank atau syarikat safe deposit. Dan paling sesuai untuk pelajar-pelajar di institusi tinggi di dalam dan luar negara, mahupun anda yang menetap di luar negara. Nanti balik Malaysia boleh withdraw hanya dengan menunjukkan mykad di mana-mana cawangan Public Gold di setiap negeri.
Untuk membuka akaun GAP, anda boleh rujuk artikel saya di SINI. Untuk sebarang pertanyaan, boleh whatsapp atau email saya seperti di bawah. Khidmat saya adalah 24 jam. Insya-Allah.