Public Gold tak ada kaitan dengan Public Bank atau Public Mutual.

Ramai yang terkeliru disebabkan perkataan Public di depan tu,

Pada tahun 2008, Public Gold telah ditubuhkan oeh Dato’ Wira Louis Ng Chun Hau. Syarikat ini menjalankan aktiviti jual beli jongkong emas, syilling dinar, logam perak dan juga perkhidmatan lain seperti peti simpanan selamat dan yang paling poular sekarang ialah Akaun Simpanan Emas GAP.

Nama “Public Gold” diilhamkan oleh pengasasnya sendiri iaitu Dato’ Wira Louis Ng yang percaya bahawa orang awam mesti diberi peluang untuk memiliki emas [ada harga berpatutan kerana emas adalah satu alat kewangan yang stabil dan boleh digunakan sebagai medium pertukaran. Maka dari situlah datangnya nama Public Gold.

Ibu pejabat Public Gold kini beralamat di : Plot 21, Technoplex Medan Bayan Lepas, Taman Perindustrian Bayan Lepas, Phase IV, 11900 Bayan Lepas, Penang.  Kini Public Gold mempunyai 18 cawangan di seluruh Malaysia termasuk Singapore dan Indonesia. Kalau anda berpeluang ke Pulau Pinang, bolehlah singgah ke situ. Siap dah ada Muzium sendiri.

Public Gold mempunyai fungsi yang sama sebagaimana kedai-kedai menjual emas yang lain seperti Poh Kong, Habib Jewels, Tomei dan sebagainya, perbezaannya adalah Public Gold memfokuskan jualan Emas dan Perak untuk tujuan pelaburan dan kedai-kedai emas yang ada di pasaran lebih memfokuskan jualan emas untuk tujuan perhiasan.

15 Januari 2015

Public Gold juga telah bekerjasama dengan pengilang emas terkemuka dari Turki, iaitu Nadir Metal Refinery Group dan telah dilantik sebagai pengedar tunggal di Malaysia bagi pihak Londond Bullion Market Association (LBMA).  Dinar keluaran Public Gold adalah satu-satunya dinar emas yang tiada GST sama ada di Malaysia atau di Singapura.

25 November 2015

Pada 2 November 2015, Public Gold dan Pos Ar Rahnu telah bekerjasama unutk menyediakan saluran kepada orang awam yang ingin menjalankan uruniaga emas sama ada beli, jual mahupun pajakan emas melalui 65 cawangan POS  Ar Ranu seluruh Malaysia.

Kemuncaknya, pada 25 November 2015, satu perjanjian telah ditandatangani di Public Gold Global Business Centre dan pelancaran jongkong emas edisi terhad POS Malaysia.

16 Disember 2016

Public Gold juga telah menerima pengiktirafan sijil patuh syariah daripada Amanie Advisor Sdn Bhd yang diterajui oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar. Beliau adalah Pengerusi Majlis Pengawasan Syariah Bank Negara Malaysia

Website rasmi public gold ialah www.publicgold.com.my. Anda boleh menyemak harga semasa bagi pasaran emas atau perak. Harga jual/beli emas akan direfresh setiap 20 minit, kecuali harga untuk GAP yang disemak sekali sehari.

            Website Public Gold

Public Gold adalah sama seperti kedai emas. Anda beli emas, akan dapat emas fizikal berketulenan 999.9 atau 24k sama ada dalam bentuk jongkong atau syilling dinar.

hands of gold

Contoh Gold Bar & Syiling Dinar Public Gold

Cuma kelebihannya adalah perbezaan harga belian dan jualan yang rendah, harga sentiasa berubah mengikut harga pasaran semasa, boleh dibeli melalui talian 24 jam dan tiada GST bagi produk LBMA.

Ia bukan syarikat pelaburan emas yang menjanjikan income bulanan atau hibah. Sesetengah golongan tertentu menamakan hibah agar bunyi nampak Islamik.Anda beli emas, dan anda akan dapat emas. Itu aje.

Oleh itu, pelaburan emas yang sebenarnya ialah beli dan simpan sendiri, tak ada income bulan-bulan. Untung pelaburan emas secara asasnya bergantung naik turun harga emas. Buy low, sell high.Kalau berniat nak kaya cepat, minta maaf sebab ia bergantung pada harga pasaran semasa. Kecuali anda berniaga emas. Tapi yang pasti, nilai wang anda terjaga dan untuk long term, Insya-Allah, harganya akan meningkat dan kalis inflasi.

Haris Halim
Public Gold Authorised Dealer
PG045691
019-3520178