Baru-baru ini saya telah menonton The Arrivals di Youtube. Ia adalah sebuah dokumentari menceritakan peranan dan kaitan Freemason, Illuminati dan Dajjal. Ada 50 bahagian semuanya dan setiap bahagian, durasinya adalah lebih kurang 10minit.
Bagi peminat Conspiracy Theories, dokumentari ini sangat menarik. Dan sebagai orang Islam yang percaya dengan kedatangan Dajjal, ia lebih menarik lagi. Dokumentari ini mesti ditonton dari Part 1 berturutan sampai habis, kerana setiap episod adalah kaitan daripada episod sebelumnya.
Jadi, jika anda melompat episod, contohnya dari episod 1, kemudian lompat ke episod 10, lepas tu episod 15 dan seterusnya, anda tidak akan faham dan gagal untuk menghubung kait antara episod, sekaligus menyebabkan anda akan berpendapat dokumentari ini tidak masuk akal dan membosankan.
Pada Episod ke-25 dokumentari ini, ada satu bahagian dimana ceramah oleh Sheik Imran Hussein mengatakan kejatuhan US Dollar apabila peralihan kuasa dari US ke Israel. Di sini saya sertakan petikan dari video tersebut.
Dan perkara ini dijangka mungkin berlaku di sekitar tahun 2020-2023. Anda boleh lihat kenyataan itu di video di bawah pada minit ke 2:20. Artikel berkaitan ini juga telah saya post di SINI dan unjurannya di SINI.
Walaupun dokumentari ini agak kontroversi dan dituduh dengan pelbagai tohmahan seperti contohnya anti-sunnah, detail yang kabur, tidak tepat dan sebagainya. Tetapi berdasarkan 2 video di atas, jika ia betul-betul terjadi, sudah bersediakah kita?
Oleh itu, simpanlah emas dari sekarang, kerana emas adalah penyimpan nilai terunggul sepanjang zaman. Mulakan dari sekecil 1 gram. Anda tidak akan rugi kerana nilai wang kertas cuma ditukarkan ke emas yang tetap milik anda dan tetap bernilai sehingga bila-bila.
Wallahu’alam.